Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 28, 2012

Usrah Osem !


Usrah bukan segala-galanya , tapi segala-galanya bermula dengan Usrah..
..Same goes with..
Tarbiyah bukan segala-galanya , tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyah..


Alhamdulillah..sejak tahun lepas, ketika saya berada di Semester 5, saya mula ditarbiyah..
Subhanallah..kesempatan itu diberikan kepada diri saya yang hina ini..

Syukur pada Mu Ya Rabb..
Atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan kepada ku..
Pimpinlah aku disepanjang kehidupanku ini, agar aku dapat menyusuri liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan durinya di dunia yang sementara ini..
Agar aku terus Istiqomah dan Mujahadah di jalan-Mu Ya Rabb..
Tuntun langkahku..
Tunjuki daku..
Ampuni daku..
Rahmati daku..

Sejak hati ini 'disentuh' Ilahi, hidup saya mula berubah sedikit demi sedikit..
Sehingga ke hari ini, saya masih berusaha untuk mengubah diri..
Semestinya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..
Iman itu sendiri ada turun dan naiknya, ibarat air panas yang sedang menggelegak..
Blup ! Blup ! Blup !
Sekejap turun, sekejap naik..
Itu lah hakikat..

Allahurabbi..Hamba-Mu ini lemah..Rabb..kuatkan..:'(


Tapi ! itu tak menjadi alasan untuk saya terus 'MEMAKSA' diri melakukan segala kebaikan..
Walau 'terpaksa' berhadapan dengan keterpaksaan di permulaan , pastinya keikhlasan juga yang diharapkan..
Itu yang saya rasai dan lalui..
' Keterpaksaan mampu berubah menjadi Kerelaan'

InsyaAllah..:)
Hari ni rasa bahagia sangat..hakikatnya sememangnya hari2 adalah hari yang membahagiakan bagi saya..
Alhamdulillah...

Hari ni online Fb, then masuk tinjau2 dalam group BULATAN CINTA OSEM a.k.a BCO..
BCO adalah program yang saya dan Cik/Puan Akhwat2 lain tubuhkan bagi mengumpul muslimah UPM yang sama-sama ingin berada di jalan Tarbiyah..fokus untuk mereka-mereka yang baru mahu bermula..
Alhamdulillah..ALLAH memudahkan jalan kami untuk 'membuka jalan' buat mereka..
Sungguh beruntungnya mereka..kerana jalan Tarbiyah ini terbuka di depan mata, tidak seperti saya dipermulaan dulu..tercari-cari sehingga hampir berputus asa..Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua yang di harapkan sekian lama..:)
Semua ketentuan DIA..Semua berlaku dengan izin-Nya

Matlamat BCO adalah 'mencari' Muslimah yang betul2 ingankan USRAH/TARBIYAH dalam kehidupan mereka..kami mahu kumpulkan mereka yang benar2 MAHU ! Full comitment ! bukan untuk kami, tapi untuk mereka sendiri..nak berubah itu mungkin mudah, tapi nak ISTIQOMAH itu yang agak payah..hakikat !

Maka, kami sediakan platform untuk mereka menunjukkan komitmen mereka di jalan Tarbiyah dan akhirnya mereka yang betul2 berikan FULL COMITMENT akan di select untuk join our USRAH yang OSEM !! ^_^

Kenapa mesti pilih2 ?? kenapa tak ambil semua jer ??

Jawapannya...
Memang raaaaaammmmmaaaii yang inginkan Tarbiyah dalam kehidupan mereka..
Ramai yang mengharap ! dan ramai juga yang masih tercari-cari sebenarnya..
Saya faham apa yang mereka rasa, seperti apa yang saya pernah rasakan dulu..Allahurabbi..

Tapi ! Naqibah yang kami ada tidak lah ramai..
Saya sendiri masih hanya mampu menjadi Mutarabbi sahaja, Murabbi tak ramai lagi..
Sebab itu perlu di seimbangkan sebaiknya jumlah Murabbi dan Mutarabbi yang ada..
Supaya adil buat semua, dan tidak menzalimi sesiapa..Itulah matlamat BCO

Alhamdulillah, sepanjang semester 7 program ini diadakan setiap minggu pada hari JUMAAT jam 12.30 tengahari hingga 2 petang bertempat di Fakulti Bioteknolgi,UPM..pengisian setiap minggu berbeza2..Penceramah juga adalah orang yang berbeza..program ini memdapat sambutan yang menggalakkan..memang OSEM ! 
Betapa ramai orang di luar sana yang mahu kembali kepada FITRAH ISLAM !
Ramai ! sangat ramai !

Setelah berakhirnya BCO di penghujung semester, akhirnya kami mengumpulkan pula mereka-mereka ini untuk confirmation USRAH mereka..
Mereka perlu mengisi borang yang telah di sediakan secara ONLINE !
Wah ! Tarbiyah dan Dakwah berteknologi tuuu...^_^

 ..BULATAN CINTA KITA..

Itulah nama Usrah baru buat ahli-ahli baru..
OSEM ditukar kepada KITA sebab mereka bersama2 kami menjadi KITA !

Alhamdulillah..Ahlan Wa Sahlan Ya Ukhti2 !!..:)

Dan..Dan..Dan..yang paling tak sangka, borang yang telah di buat oleh seorang akhwat ada tertulis kata-kata dari saya..ops ! semua milik ALLAH..pastinya ilham dari DIA..
Saya cuma memberi idea, Alhamdulillah..diterima....... :)
Cadangan dan idea di perlukan..think ! think ! think ! :)
 
Emmm...Aahaa !! Got it ! Alhamdulillah..:)
Jeng..Jeng..Jeng...
.
.
.
.
.
.

TAAARRAAAA !!! ^_^

Alhamdulillah..Accepted !
Zooming !! :)

Semoga sahabat2 baru yang bakal berusrah dapat istiqomah dan mujahadah bersama2 kami semua untuk sama2 mengapai Mardhatillah..InsyaAllah

Tabarakallah..

 

Wednesday, December 26, 2012

Seni..Cinta dan Bahagia


One day...YOU'll be MINE !InsyaAllah....:)

Cinta = Photography
Bahagia = Editing
Cinta + Bahagia = Photography + Editing 

Cinta + Bahagia = Bicara tanpa Suara

Yup ! Cinta dan Bahagia saya ada di situ !! 
See at the top ! My header ! 
"BAHAGIA itu milik semua, CINTA itu luas maknanya.."


 
Alhamdulillah...
HIKMAH atas yang dah berlaku dalam kehidupan saya selama ni buat saya lebih 'hebat' dari yang saya sangka..
Definisi CINTA saya sudah berbeza berbanding dulu..
Definisi BAHAGIA saya juga sangat2 berbeza, jauh berbeza..
Saya pasti itu ! Kerana diri saya sendiri sudah sangat berbeza ! Tak sama..Mungkin tak banyak, tapi yang sedikit itu sudah sangat bermakna..

Jika dulu..bagi saya, CINTA dan BAHAGIA itu hanya semata2 kisah antara dua manusia yang saling mencintai dan membahagiakan..itulah Cinta, itulah Bahagia..

Adeshh ! Mengapa saya terlalu menyempitkan istilah CINTA dan BAHAGIA ??
Fuh ! cetek sungguh fikiran saya ketika itu..
Rugi ! Tersangat rugi...

Banyak pengalaman, dan banyak juga pengajaran yang saya timba..
Dan dari situ saya belajar apa erti CINTA, apa erti BAHAGIA..
Alhamdulillah..saya belajar ! ya ! saya belajar ! dan saya mula mengerti makna kedua2nya yang sebenar..LUAS dari yang disangka..

Pendek kata, nak CINTA @ nak BAHAGIA..CIPTA lah ia ! :)

Rabb..syukur pada-Mu..:')

SAYA !
Sejenis manusia yang suka bermain KATA-KATA a.k.a Bicara Tanpa Suara..
Juga sejenis manusia yang sukakan apa sahaja yang berkaitan dengan GAMBARan..

Kata-kata Jiwang ? Puitis ? Motivasi ? Hikmah ? Tarbiyah ? ..
InsyaAllah, saya suka semua itu..
Gambar..Tangkap gambar ? Edit gambar ?.. 
InsyaAllah, juga saya sukakan semua itu..

Dua2 itu memang berbeza, tapi nampak tak persamaannya ??
Kedua2nya perlukan SENI ! Errkkk ! ^_^
Yup ! SENI ! 
Semakin hari semakin saya perasan sedar yang saya ni PECINTA SENI ..:)

Photography dan Editing sangat berkait dengan SENI..
Kata-kata puitis juga sangat berkait dengan SENI..
dan Definisi Seni bagi saya sendiri sangat superb ! 
Definisi itu yang buat saya rasa BAHAGIA..Ya ! Teramat bahagia !

"Seni itu INDAH, Seni itu memberi BAHAGIA, Seni itu membawa MAKNA, Seni itu ada CINTA..Kerana setiap gambar/bicara ada cerita .."

Tapi bukan setiap masa saya mampu berseni..Ada masa dan ketikanya juga..
MOOD main peranan yang sangat sangat sangat penting !

Untuk Bicara Tanpa Suara..
Saya mampu 'berkata-kata' bila saya berada di dalam mood2 tertentu..
Saya akan mampu 'Berbicara Tanpa Suara' sama ada kata2 hikmah, motivasi, puitis @ tarbiyah bila saya sedang terlampau BAHAGIA atau terlampau KECEWA a.k.a Sediyyhh..Y_Y

Kalau sedang in mood 'good2 jer', memang tak 'datang' ilham untuk saya bermadah punjangga..Tapi, ingat ! tu semua datang dari ALLAH..Milik ALLAH ! DIA yang ilhamkan saya semua kata-kata itu..Bila saya menulis status, ada yang mintak copyteh / share..Saya silakan jer, tak de hal ! sebab itu milik ALLAH ! Saya pun tak dek nak touching2 kalau orang ambil kata2 saya tapi tak mintak izin @ credit kat saya..tak kisah ! siyes ! Semua milik DIA..:)Moga manfaat buat semua..InsyaAllah

Untuk Photography dan Editing pula..
Yang ni memang perlukan mood HAPPY2 DAY 24/7..
Siyes ! Mood yang baik sahaja akan buat saya mampu untuk snap gambar yang superb dan edit gambar dengan hasil yang terbaik bagi saya sendiri..** See ! Bagi saya sendiri ! bukan nak perasan ! Tapi memang buat semua tu untuk dapatkan kepuasan diri sendiri :)

And one more thing ! bab2 snap and editing ni, saya macam tak boleh kalau orang bagi TASK ! 
"Erna, tolong tangkap gambar ni dan itu cantik2 yer..."
"Erna, tolong edit gambar ni baik punyer yerrrr.."

Woooha ! memang tak boleh ! Siyes ! Saya akan rasa terbeban..Saya tak mampu nak buat kalau apa yang saya buat tu adalah satu 'TUGASAN' @ 'PEMINTAAN'..siyes ! tak mampu LAGI buat MASA ni..

** Ada ker orang bagi 'task' tu ?? Macam lah profesional sangatttt....
Errk ! T_T

Saya perlukan LATIHAN yang BANYAK lagi dan lagi..
Saya boleh buat semua tu secara SPONTAN ! 
Siyes ! itu yang saya perasan tentang diri saya sendiri..
Saya ada Kelemahan dan Kelebihan tersendiri dalam bidang 'SENI' ni..

Fuh ! Puas hati dapat tulis semua ni..^_^
Saya dah luahkan betapa saya CINTA kan 'SENI' dan betapa saya BAHAGIA dengan adanya ia dalam hidup saya..
Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Rabb..
Aku milik-Mu..
Hanya Engkau Yang Satu..
Cintaku buat-Mu..
Bahagiaku kurniaan-Mu..
Semua berlaku dengan izin-Mu..

..........................................................................................................

Ini salah satu hasil Edit mengEdit saya
Credit to Encik Google - Save Image  
PhotoScape - Crop - Edit - Edit - Edit dan Edit ! 

Original Picture

Croped

DONE ! My Blog's Header ! :)

Barakallah..Barakallah..Barakallah..


Thursday, December 20, 2012

Mati Menanti..Apa Tunggu Lagi ??



Sampai satu saat nanti, aku kan pergi tak kembali
 
Allahu..

Malam ini bergetar seluruh jiwaku.. 
Menyesali segala dosa-dosaku.. 
Ku mengharap keampunan dari Nya..
Ku takut akan bagaimana pengakhiran hidupku..

Memikirkan mereka, mereka dan mereka..
Membuatkan aku melihat aku di zaman dulu kala..
Bagaimana kejahilanku membuatkan kehidupanku penuh dosa.. 
Dan bagaimana pula setelah aku bertaubat kepada-Nya..

Taubat ahli maksiat,kerana maksiatnya.
Taubat ahli ibadat, kerana lalainya..:'(


Astaghfirullahalazim.....
 


Apakah aku sudah benar2 suci  dari dosa ???
Apakah aku benar2 beriman kepada-Nya ???
Apakah aku sudah terjamin untuk menjadi ahli Syurga ???
Atau apakah aku akan dicampakkan ke nereka buat selamanya ??

ALLAH..ALLAH..ALLAH..    
Aku sedar..
Bukan permulaan dan pertengahan yang harus dilihat..tapi bagaimana pengakhirannya nanti ?? Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) atau Su'ul Khatimah (pengakhiran yang buruk) ?? Allahurabbi.... :'(
Namun, USAHA di permulaan dan di pertengahan atau lebih tepat lagi di sepanjang perjalanan kehidupan itu lah yang akan menjadi penyumbang utama untuk peroleh pengakhiran yang baik..InsyaAllah

Dulu, kini dan selamanya takkan sama !
Fitrah manusia inginkan kebaikan..
People can change ! Peluang sentiasa ada, bukan dari manusia tapi dari DIA yang sentiasa menerima taubat hamba-Nya..

Aku selalu bercakap dengan diri sendiri , bercakap berserta suara supaya aku dengar dengan jelas dan lebih memberi kesan kepada diriku..
 " Jangan mengharap diberi peluang dan penghargaan oleh manusia, ambillah peluang yang sentiasa terbuka buat diri yang penuh dosa dan hargai segala yang diberikan Sang Pencipta.."
 
Back to FITRAH ! ISLAM itu INDAH ! :)

Sunday, December 16, 2012

Ceria Hidupku


Hari ni ada seorang hamba Allah add my facebook..pastinya seorang hawa..:)
Actually tak kenal pun beliau, tapi di sebabkan dia seorang HAWA, maka dengan senang hati saya approve je la..Ukhuwahfillah !InsyaAllah...

Jalan2 Wall dia, biasa lah kan..mula2 berkawan, semua benda nak tahu..huhu.
Then jumpa dengan status dia ni..rasanya dia pun copyteh dari orang lain jugak kot..^_^

JOM LAYAN ! serius kelakawww ! ^_^

 Pepatah yang dipatah


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.



4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Wednesday, December 12, 2012

'Pertelingkahan' Mengeratkan..


Maaf - tak mengapa, di maafkan..:)
Hukum lah ! - hukuman bukan jalan penyelesaian..:)
Kenapa tak marah? - tak mahu berpanjangan, cukuplah dgn teguran..:)
Dah banyak kali lukakan perasaan - Semua orang buat silap..harap tidak diulang lagi kesilapan..:)
Malu ! - tak perlu..jadikanlah ia sebagai pengajaran..:)
Nak tebus kesalahan - Belajarlah untuk menjaga hati dan perasaan..:)
Tak tenang, rasa nak pergi - Pergilah..cari Tuhan..hanya DIA kan beri segala ketenangan..:)
Terharu - Inilah nilai sebuah PERSAHABATAN..:)

Berhati-hati dengan kemarahan orang yang sedang bersabar..
Dalam diamnya, marahnya ditahan..
Dalam senyumnya, tersembunyi kelukaan..
Tapi dia sedar, SABAR itu separuh dari IMAN..
Dan dia tak mahu hatinya dipenuhi KEMARAHAN..
Yang dimahukan hanya sebuah KETENANGAN dalam KEBAHAGIAAN..
Semuanya demi mencari redha Tuhan..:')

Monday, December 10, 2012

Nikmat Sebuah Dugaan..HIKMAH !


Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar !

Syukur pada Allah , dengan izin-Nya..
Aku diberikan kekuatan..
Aku diberikan ketabahan..
Aku diberikan kesabaran..
Aku diberikan ketenangan..

Syukur pada Allah , dengan izin-Nya..
Aku sudah redha..
Aku sudah berlapang dada..
Aku sudah dapat menerima..


Syukur pada Allah , dengan izin-Nya..
Aku mampu tersenyum semula..
Aku mampu menikmati bahagia..
Aku mampu melalui segalanya..
Aku mampu meneruskan kehidupanku seperti biasa..

Semua berlaku dengan izin-Nya..
Hanya dengan rasa syukur , hidup kan sentiasa rasa cukup..
Hati kan bahagia..kan tenang..kan terima apa adanya..

ALLAH !
Hanya pada DIA ku sandarkan segala sesuatu..
Hanya pada DIA ku bergantung segala pengharapan..
Hanya pada DIA kupohon keampunan dan keinginan..

Yang ku mahu adalah keredhaan-Nya dalam kehidupan..
Moga DIA kan permudahkan segala urusan..
dan memberi petunjuk di sepanjang perjalanan..
Allahumma Aameen..



Friday, December 7, 2012

Aku ada DIA..Tuhanku



Astaghfirullahalamzim..Astagfirullahalazim..Astaghfirullahazalim..

Aku terlalu alpa, terlalu teruja dengan 'dunia' sehingga aku lupa pada Sang Pencipta..

Allahurabbi.........
Aku anggap semua ini teguran dari-Nya,
yang tak mahu aku terus terleka..
Terus terbuai dalam mimpi lena..

ALLAH..ALLAH..ALLAH..

Siapa yang mahu jadi seperti ini?
Siapa yang mahu lalui semua ini ?
Siapa yang mahu terus menyesali ?
Siapa yang mahu terus meratapi ??

Siapa? Siapa? Siapa ?

Pastinya aku TAK MAHU !!
yang ku mahu hanya satu !
Lupakan segala yang telah berlalu !!
Tuhan..........Tolong aku ! :'(

Aku mahu redha dan berlapang dada !
Aku mahu tenang dan kuat menghadapi semua !
Sungguh ! Aku mahu itu !!

Sungguh ! Aku sedang berusaha untuk berlapang dada..untuk terima segalanya..

Ya Rabbana..
Kuatkan aku ..........
Bantulah aku..........
Aku bergantung harap hanya pada-Mu..
Bukakan jalanMu untuk ku..
Agar ia dapat menyembuhkan luka dihatiku..

Ya Rabbana..

Sabarkan aku andai aku tidak bersabar..
Sediakan aku andai aku tidak bersedia..
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2-Mu..
Aku berserah segalanya pada-Mu
Terimalah Doaku Ya Rabb..Makbulkan Doaku...
Allahumma Aameen..


Monday, November 26, 2012

Sama-sama Menjaga , Moga Terjaga


............KAMU..........
Kata-Kata ini ku ambil dari dia..Si Doktor Cinta dan Agama..:)

His TWEET inspiring me..:)

Dia seorang Adam yang sedang menanti Hawanya..
Dan aku pula Hawa yang sedang menanti Adamnya..
Aku tunggu kamu..aku tunggu saat itu..
Andai nanti dah berjumpa , aku tak mahu berkata apa-apa, cukuplah kau baca ini dan mengerti segalanya..:) 

 JOM ! kita mulakan bicara hati ke hati ini bersama2..

....Kamu....
Walau kejauhan,belum lagi kelihatan dan kedengaran,andai kamu milik ku , kamu akan DIA datangkan dalam hidupku dengan tak disangka-sangka 

....Kamu....
Aku kan berusaha untuk jadi yang terbaik sebelum impikan kamu yang terbaik kerana 'Yang Terbaik' itu tahu nilaiku..Dan DIA pasti akan temukanku dengan kamu yang sekufu.

....Kamu....
Jangan gelisah. Jangan resah. Jodoh kita dalam genggamanNya. Doa..Jangan taksub dengan cinta manusia. Kita pasti bertemu jua..Masa itu akan tiba..  

....Kamu....
Matamu itu jaga! Jaga-jaga pada yang 'tidak menjaga' kerana dari mata turun ke hati, menular ke akal dan seluruh raga.  Jangan kamu terpedaya..  

....Kamu....
Aku tahu 'nilai' dan 'harga' diriku di mata DIA , aku akan pastikan diriku kan 'terjaga'.. 

....Kamu....
Jika aku bisa zahirkan semua yang kurasa , pasti tinta kehabisan dakwatnya.. 

....Kamu....
Aku simpan rasa ini semua untuk kamu kerana bila 'masa itu' tiba , kamu akan tahu & rasa erti 'istimewa' yang sebenar-benarnya.. 

....Kamu....
Aku tidak minta apa-apa. Oh ya,1 sahaja. Jaga Agamamu ya..kerana aku yakin bila yang 1 itu kamu  jaga , yang lain akan sendirinya terjaga 

....Kamu....
Mereka 'tak nampak' apa yang 'luar biasa' pada biasanya pandangan mata.Itu membuatkan kamu nanti istimewa.Doa..Biar kita berjumpa :) 


....Kamu....
Ketahuilah..dalam tiap doaku kanu ada serta.Kita kukuhkan diri dengan Agama buat bekal ke Syurga sama-sama,ya? Aku tunggu kamu.Aku tunggu saat itu..

....Kamu....
Simpan rasa yang istimewa di penghujung cerita.Doa..DIA dengar dan aku kan rasa :)  


....Kamu....
Aku kan berusaha untuk menjaga maluku.Bila bersuara, ku kan jaga tuturku.Bila berpakaian, ku kan jaga auratku. Bila bergaul, ku kan jaga batasku..Aku mahu kamu pun begitu..

....Kamu....
Semoga Allah pertemukanku dengan kamu yang meletakkan DIA no.1 kerana bila kamu  meletakkan DIA no.1, siapa yang menyusul selepas-Nya , aku sudah tahu..  


....Kamu....
 Terlalu banyak yang mahu aku kongsikan denganmu.Terlalu banyak yang aku mahu ceritakan padamu.Moga kita disempatkan 'bertemu'.. 

....Kamu....
Aku tak tahu siapa kamu. Aku hanya berdoa agar kamu yang aku bicarakan ini tahu, aku mahu berpimpinan tangan menuju Jannah denganmu..

....Kamu....
Aku serahkan segalaNya pada DIA untuk satukan kita atas landasan Agama kerana hanya Agama bisa jadi penyelamat nyata.

....Kamu....
Jika aku mahu bicara denganmu,aku tak perlu selalu menggunakan bahasa,kerana diamku dan renunganku sudah cukup buat kamu fahami segalanya   

....Kamu....
Rindu?Aku tahu. Tak perlu beritahu. Sampaikan pada DIA. DIA akan sampaikan padaku, begitu juga sebaliknya. Rindu lagi? Tunggu. Sabar dulu. DIA akan bawa kamu padaku dan aku padamu. Bila?Nanti..Nanti bila?Dia akan 'beritahu' bila sampai 'seru'

....Kamu....
Jika kamu wujud untuk jadi pelengkap Agama dan hidupku, sabar dulu. Tunggu. Kita pasti bertemu. Waktu..Demi waktu.. 

....Kamu....
If I can't find you 'here',I'll find you 'there' ..
Mungkin DIA simpankan yang lebih indah dari yang kita angan-angankan nun nanti di 'sana'. 

KAMU ! 
Walaupun ni semua ayat2 dari Doktor itu, tapi apa yang Aku nak sampaikan pada kamu semuanya sama !! Sama ! tiada beza ! bukan mahu kamu jadi seperti dia, tapi cukuplah andai kamu tahu seharusnya kamu nanti seperti apa..kita usaha sama-sama ya ! :)

Ku yakin , PERTEMUAN kita ini kan berlaku dengan izin-Nya..:) 



Saturday, November 24, 2012

Hati Mereka, Hati Saya..Berbeza..


Biarkan mereka..
Biarkan..
Biarkan sahaja..
Biarkan mereka hidup dengan perasaan hasad dan dengki yang menggunung..
Biarkan jika itu sahaja yang mereka mampu rasakan..
Biarkan mereka berlawan dengan perasaan mereka sendiri..
Biarkan mereka..
Biarkan..

Yakinlah !
ALLAH bersamamu..
ALLAH ada bersama hamba-hambaNya yang sabar..

Bersabarlah..
Tersenyumlah..
Tenanglah..

Kamu manusia biasa yang punya HATI yang LUAR BIASA..
kerana HATI mu ada aura CINTA dari Sang Pencipta..
Buktikan pada semua, yang kamu bukan seperti mereka..


"Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Rad : 28 )

Tenanglah wahai HATI..Tenanglah wahai DIRI..:)

Anggap lah itu adalah teguran dari ALLAH..
kamu itu manusia yang sering alpa..yang selalu melakukan dosa..
sebab itu ALLAH tegur melalui mereka ! Biar sedar ! Agar tidak terus alpa ! Ingat !!

Redha..Redha lah..Berdoalah..
Semua berlaku dengan izin-Nya..maka, mohonlah kekuatan dan ketabahan dari-Nya..
Mohonlah agar dipermudahkan untuk kamu menghadapinya..
Untuk menghadapi mereka2 yang punya hasad dan dengki dalam hati mereka..

Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..

Usah kamu emosi..
Usah kamu melenting..
Usah kamu marah..
Semuanya hanya sia2..

Biarkan sahaja mereka..kamu tidak perlu berbuat apa2 pada mereka..
Biar mereka sendiri merasa penat dengan apa yang mereka lakukan..
Biarkan mereka..Doakan mereka..
Doakan mereka, moga di beri Taufik dan Hidayah yang sememangnya telah pun ALLAH  berikan buat sekalian hambaNya..Doakan mereka juga merasakan nikmat iman dan islam yang kamu sedang rasai..

Beza kamu dan mereka adalah KEIMANAN..jagalah ia ! Moga kamu di berikan Hidayah yang berpanjangan..Allahumma Aameen..

Teruskan bersabar..ALLAH bersamamu..InsyaAllah :)



Wednesday, November 14, 2012

Taman itu Mendamaikan..



Dia nak ke Shopping Mall , jalan2 menenangkan fikiran..^_^
Saya nak ke kawasan Taman , jalan2 mencari kedamaian..^_^
 
Perbezaan itu bukan penghalang untuk kami sama2 memenuhi keinginan antara satu sama lain.. 
 Perbezaan itu MENYEMPURNAKAN..:)
 
Wonderful day with my love Rozieana Kamis..

♥ From Upm - AEON - Masjid Putra - Taman Saujana Hijau - Pasar Malam - back to Upm ♥

Taman Saujana Hijau OSEM !!




Bersendirian bukan bererti keseorangan..

ku BAHAGIA bersama DIA..:)
Alhamdulillah....

Monday, November 12, 2012

TESIS oh TESIS !!




PERJUANGAN bermula kembali !! korbankan CUTI demi menyempurnakan TESIS yang dah lama 'menyepi..^_^

Final year student lah katakan........

Semangat2 !! Mahu jumpa Bonda dan Ayahanda tercinta..sudah cukup derita dan sengsara jiwa dan raga menanggung rindu di sini..♥
Cepat2 buat ! cepat2 siap ! cepat2 balik !! InsyaAllah..:)

Bismillahirrahmanirrahim.....
moga dipermudahkan segala urusanku ini..Allahumma Aameen..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...