Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 1, 2012

'Harga' sebuah HIDAYAH


Assalamualaikum Cinta..:D 

Waalaikumussalam Rindu..:D

Hee...^_^ hari ni happy lebih sikit, boley?? Alhamdulillah..everyday is HAPPYDAY !! YEPPA2 !!


Tadi tengok satu rancangan yang menampilkan Iqram Dinzly kat TV 9..haaa..agak2 rancangan apa yek?? pastinya rancangan hiburan semata2..(uish !! TERlagho sekejap tadi) Astaghfirullahalazim..

Tapi saya tengok bukan nak tengok2 KOSONG macam tu jer..ada sebab yang menarik saya untuk menontonnya..


Seperti yang ramai maklum, Iqram sekarang dah mula kembali mengenal agama..pendek cerita, dia telah menerima HIDAYAH daripada ALLAH SWT..InsyaAllah..Alhamdulillah..:)


Moga Allah permudahkan jalanmu Ya Akhi..:)
saya dapat tahu pun dari PAGE Cik Heliza Helmi..Cik Heliza ada share yang diorang tubuhkan Geng USRAH yang diberi nama FITRAH kalau tak silap..dan dia ada sebut yang Encik Iqram ni pun join sekali geng USRAH tu..Subhanallah..Moga ALLAH mempermudahkan segala usaha kami semua yang mengikuti USRAH dalam menempuh jalan yang diredhai Ilahi..Aamiin..


Saya tengok tadi, teruk Encik Iqram kena 'hentam' bila dia menjawab soalan2 Encik Pengacara dengan menyelitkan sedikit hal2 agama..yang lain dengar kata2 Encik Iqram ni macam panas je telinga, siap balas dengan sindiran2 tentang kisah lampau Iqram..tapi Iqram tetap cool..^_^ (I LIKE !!)


Betapa 'mahal' harga sebuah HIDAYAH..lagi ALLAH uji, lagi ALLAH kasihi..Subhanallah..:')




Saya sendiri pun pernah merasainya..memang mula2 tu 'perit' sikit, tapi disitulah saya mula merasai kenikmatan IMAN dan ISLAM yang sebenar..kerana saya yakin ALLAH sentiasa ada bersama saya..

"Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar." (Al-Anfaal 08 : 46 )


Dan saya betul2 merasai kasih sayang-Nya apabila segala urusan saya dipermudahkan, jika tidak pun pastinya saya merasakan KEKUATAN dari-NYa di setiap musibah yang berlaku dalam hidup saya..Alhamdulillah..:')


Saya berpegang dengan satu kata2 ini..


"Tiada orang BAIK yang tiada MASA SILAM, dan tiada orang JAHAT yang tiada MASA DEPAN.."


Semua orang berpeluang dan berhak diberi peluang..Jangan pernah rasa takut untuk BERUBAH ke jalan yang DIREDHAI ALLAH....Yakinlah !! Innallaha ma’ana..:')


Barakallah..Barakallah..Barakallah..



YATIM tanpa CINTA..??


Aku belajar dari kehidupan..Bagiku, hari2ku penuh pengalaman dan pengajaran..Aku tak berjalan KOSONG ! Aku kutip setiap pengajaran2 yang kuperolehi sepanjang perjalanan kehidupanku..buat bekalan di kemudian hari..Moga yang silap, diperbetulkan dan tidak terulang lagi..Yang TERlupa, diingatkan..Yang jahil, kembali BERIMAN..

Alhamdulillah, ALLAH izinkan aku untuk SEDAR !! Baru2 ini aku telah belajar sesuatu daripada seorang anak yatim yang sangat dekatttttttt denganku..:')

Dia..seorang Hamba ALLAH yang berumur 18 tahun..sejak usianya setahun, dia tak pernah kenal apa ertinya hidup bersama insan yang bergelar AYAH ! BAPA ! PAPA ! ABI ! dan sewaktu dengannya..ayahnya telah kembali ke rahmatullah  setelah terbabit dengan kemalangan jalanraya 17 tahun yang lalu..sejak dari itu, yatimlah dia..diduga pula dengan sikap IBU nya yang tidak mengendahkan akan kewujudan dia di muka bumi ini, dia benar2 seorang insan yang keseorangan, yang DAHAGAKAN KASIH SAYANG..



Tapi aku melihat dia..dia tersangat menghargai CINTA dan KASIH SAYANG orang2 disekelilingnya walaupun dia tidak punya sesiapa dalam keluarga terdekatnya..Tapi kebanyakkan dari kita yang punya segalanya pula MEYATIMKAN diri sendiri kerana tak tahu menghargainya..

Ibu Ayah, adik beradik, sahabat, sanak saudara, jiran tetangga, dan yang utama..ALLAH dan RASULULLAH..itu semua sumber CINTA dan KASIH SAYANG..Subhanallah !! Banyaknya CINTA...Banyak juga BAHAGIA !! ^_^ 



Kesilapan kita apabila kita terlalu MENYEMPITKAN istilah CINTA itu hanya tentang 'Aku dan dirimu' sahaja..dan bagiku itulah yg paling yatim mungkin! (mungkin bukan bagi kamu dan kamu, tapi bagiku) :'(


Cinta 'muda mudi' ?
Berpegang dengan penuh keyakinan diatas takdirNya..Tidak sesekali aku menolak atau menafikan keperluannya kerana ku tahu, CINTA itu FITRAH, NIKAH itu SUNNAH dan itu juga IBADAH..dan yang HALAL itu paling INDAH..:)


Ayuh !! kita nikmati erti BAHAGIA yang sebenar..CINTA dan KASIH lah semuanya, barulah betul2 BAHAGIA hidup kita..hati pun senang, fikiran pun tenang ! ♥♥♥ ^_^ Subhanallah !

Barakallah.. Barakallah..Barakallah..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...