Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 20, 2012

Mati Menanti..Apa Tunggu Lagi ??



Sampai satu saat nanti, aku kan pergi tak kembali
 
Allahu..

Malam ini bergetar seluruh jiwaku.. 
Menyesali segala dosa-dosaku.. 
Ku mengharap keampunan dari Nya..
Ku takut akan bagaimana pengakhiran hidupku..

Memikirkan mereka, mereka dan mereka..
Membuatkan aku melihat aku di zaman dulu kala..
Bagaimana kejahilanku membuatkan kehidupanku penuh dosa.. 
Dan bagaimana pula setelah aku bertaubat kepada-Nya..

Taubat ahli maksiat,kerana maksiatnya.
Taubat ahli ibadat, kerana lalainya..:'(


Astaghfirullahalazim.....
 


Apakah aku sudah benar2 suci  dari dosa ???
Apakah aku benar2 beriman kepada-Nya ???
Apakah aku sudah terjamin untuk menjadi ahli Syurga ???
Atau apakah aku akan dicampakkan ke nereka buat selamanya ??

ALLAH..ALLAH..ALLAH..    
Aku sedar..
Bukan permulaan dan pertengahan yang harus dilihat..tapi bagaimana pengakhirannya nanti ?? Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) atau Su'ul Khatimah (pengakhiran yang buruk) ?? Allahurabbi.... :'(
Namun, USAHA di permulaan dan di pertengahan atau lebih tepat lagi di sepanjang perjalanan kehidupan itu lah yang akan menjadi penyumbang utama untuk peroleh pengakhiran yang baik..InsyaAllah

Dulu, kini dan selamanya takkan sama !
Fitrah manusia inginkan kebaikan..
People can change ! Peluang sentiasa ada, bukan dari manusia tapi dari DIA yang sentiasa menerima taubat hamba-Nya..

Aku selalu bercakap dengan diri sendiri , bercakap berserta suara supaya aku dengar dengan jelas dan lebih memberi kesan kepada diriku..
 " Jangan mengharap diberi peluang dan penghargaan oleh manusia, ambillah peluang yang sentiasa terbuka buat diri yang penuh dosa dan hargai segala yang diberikan Sang Pencipta.."
 
Back to FITRAH ! ISLAM itu INDAH ! :)

No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...