Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 26, 2012

Sama-sama Menjaga , Moga Terjaga


............KAMU..........
Kata-Kata ini ku ambil dari dia..Si Doktor Cinta dan Agama..:)

His TWEET inspiring me..:)

Dia seorang Adam yang sedang menanti Hawanya..
Dan aku pula Hawa yang sedang menanti Adamnya..
Aku tunggu kamu..aku tunggu saat itu..
Andai nanti dah berjumpa , aku tak mahu berkata apa-apa, cukuplah kau baca ini dan mengerti segalanya..:) 

 JOM ! kita mulakan bicara hati ke hati ini bersama2..

....Kamu....
Walau kejauhan,belum lagi kelihatan dan kedengaran,andai kamu milik ku , kamu akan DIA datangkan dalam hidupku dengan tak disangka-sangka 

....Kamu....
Aku kan berusaha untuk jadi yang terbaik sebelum impikan kamu yang terbaik kerana 'Yang Terbaik' itu tahu nilaiku..Dan DIA pasti akan temukanku dengan kamu yang sekufu.

....Kamu....
Jangan gelisah. Jangan resah. Jodoh kita dalam genggamanNya. Doa..Jangan taksub dengan cinta manusia. Kita pasti bertemu jua..Masa itu akan tiba..  

....Kamu....
Matamu itu jaga! Jaga-jaga pada yang 'tidak menjaga' kerana dari mata turun ke hati, menular ke akal dan seluruh raga.  Jangan kamu terpedaya..  

....Kamu....
Aku tahu 'nilai' dan 'harga' diriku di mata DIA , aku akan pastikan diriku kan 'terjaga'.. 

....Kamu....
Jika aku bisa zahirkan semua yang kurasa , pasti tinta kehabisan dakwatnya.. 

....Kamu....
Aku simpan rasa ini semua untuk kamu kerana bila 'masa itu' tiba , kamu akan tahu & rasa erti 'istimewa' yang sebenar-benarnya.. 

....Kamu....
Aku tidak minta apa-apa. Oh ya,1 sahaja. Jaga Agamamu ya..kerana aku yakin bila yang 1 itu kamu  jaga , yang lain akan sendirinya terjaga 

....Kamu....
Mereka 'tak nampak' apa yang 'luar biasa' pada biasanya pandangan mata.Itu membuatkan kamu nanti istimewa.Doa..Biar kita berjumpa :) 


....Kamu....
Ketahuilah..dalam tiap doaku kanu ada serta.Kita kukuhkan diri dengan Agama buat bekal ke Syurga sama-sama,ya? Aku tunggu kamu.Aku tunggu saat itu..

....Kamu....
Simpan rasa yang istimewa di penghujung cerita.Doa..DIA dengar dan aku kan rasa :)  


....Kamu....
Aku kan berusaha untuk menjaga maluku.Bila bersuara, ku kan jaga tuturku.Bila berpakaian, ku kan jaga auratku. Bila bergaul, ku kan jaga batasku..Aku mahu kamu pun begitu..

....Kamu....
Semoga Allah pertemukanku dengan kamu yang meletakkan DIA no.1 kerana bila kamu  meletakkan DIA no.1, siapa yang menyusul selepas-Nya , aku sudah tahu..  


....Kamu....
 Terlalu banyak yang mahu aku kongsikan denganmu.Terlalu banyak yang aku mahu ceritakan padamu.Moga kita disempatkan 'bertemu'.. 

....Kamu....
Aku tak tahu siapa kamu. Aku hanya berdoa agar kamu yang aku bicarakan ini tahu, aku mahu berpimpinan tangan menuju Jannah denganmu..

....Kamu....
Aku serahkan segalaNya pada DIA untuk satukan kita atas landasan Agama kerana hanya Agama bisa jadi penyelamat nyata.

....Kamu....
Jika aku mahu bicara denganmu,aku tak perlu selalu menggunakan bahasa,kerana diamku dan renunganku sudah cukup buat kamu fahami segalanya   

....Kamu....
Rindu?Aku tahu. Tak perlu beritahu. Sampaikan pada DIA. DIA akan sampaikan padaku, begitu juga sebaliknya. Rindu lagi? Tunggu. Sabar dulu. DIA akan bawa kamu padaku dan aku padamu. Bila?Nanti..Nanti bila?Dia akan 'beritahu' bila sampai 'seru'

....Kamu....
Jika kamu wujud untuk jadi pelengkap Agama dan hidupku, sabar dulu. Tunggu. Kita pasti bertemu. Waktu..Demi waktu.. 

....Kamu....
If I can't find you 'here',I'll find you 'there' ..
Mungkin DIA simpankan yang lebih indah dari yang kita angan-angankan nun nanti di 'sana'. 

KAMU ! 
Walaupun ni semua ayat2 dari Doktor itu, tapi apa yang Aku nak sampaikan pada kamu semuanya sama !! Sama ! tiada beza ! bukan mahu kamu jadi seperti dia, tapi cukuplah andai kamu tahu seharusnya kamu nanti seperti apa..kita usaha sama-sama ya ! :)

Ku yakin , PERTEMUAN kita ini kan berlaku dengan izin-Nya..:) 



No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...