Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 27, 2011

'MaTi HidUp SemuLA' , GagAk PUtiH daN Ya RamAdHan..



Assalamualaikum..

Terasa indahnya malamku..terasa damainya hatiku..terasa tenangnya jiwaku..pabila ditemani 'majlis ilmu' yang membawa sejuta makna bagi yang mengerti..



: : HALAQAH - SENTUHAN QALBU : :

program yang penuh keinsafan..penuh pengajaran..dan rancangan yang mengingatkan muslimin dan muslimat kembali kepada fitrah manusia dan kejadian asal manusia..

dengan tajuk : NOTA - 'Mati Hidup Semula'

kisah seorang artis..CATRIAONA ROSE yang dulunya seperti 'apa' tetapi kini sudah dekat denganNYA yang Maha Esa..



Syahdu hati ini tika mendengar sajak yang disampaikan oleh beliau dengan penuh keinsafan..

.
.
.


Ya Allah..jangan kau cabut imanku dari diriku..
tetapkan imanku agar aku tidak berpaling darimu..Amin........
.
.
.


: : BAGAI GAGAK PUTIH : :


dipetik dari perbualan dua  'Adam'
Apakah punya kesempatan untuk diri ini 
menjadi salah seorang daripada 'mereka'??



.
.
.

: : YA RAMADHAN : :


Bulan yang penuh KEMULIAAN..semoga 'peluang' yang datang dapat digunakan sebaik baik baik baik nya untuk beramal ibadat..tidak akan ku biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja..takut lah diriku jika ia yang TERAKHIR buatku..


Wassalam..

Tuesday, July 26, 2011

'AkU seBaTaNg ROKOK..'


Assalamualaikum..


Aku hanya sebatang rokok..hidupku cukup indah..aku di buat dikilang,di jual dan dijadikan teman hidup manusia2 yang ‘istimewa’..tidak mahu kupersoalkan tentang keburukan aku pada kesihatan mereka2 ni, apatah lagi nak menceritakan pasal hukum dari segi agama..sebab aku yakin, mereka semua tahu akan semua itu..so siapa aku nak halang2 mereka,apa aku kisah!!yang penting aku menjadikan hidup mereka ‘nikmat’ sekali..


Nikmat nikmat jugak..tapi…tidakkah mereka sedar bahawa aku mungkin menjadi punca kematian mereka??sememangnya ajal maut ditangan Allah, tapi kenapa mereka2 ni dengan sengaja bermain dengan ajal mereka..secara tak langsung mereka mahu ‘membunuh diri’..Alangkah malangnya apabila orang lain juga menjadi mangsanya..uish!!kejam tu…......

mereka punya kerenah, aku jugak yang dapat nama.

’ROKOK MEMBUNUH’..

eh!!you suppose say

 “PEROKOK PEMBUNUH”..

haaa..baru lah betul..

Wahai manusia..ketahuilah kisah benar ini


Adakah ‘aku sebatang rokok’ puncanya??terpulang pada pandangan masing2

Bagi yang sudah berkahwin, mungkin ini yang akan mereka katakan


YES!!you can said it!!but remember this…Allah menguji hamba2NYA dengan pelbagai cara.lihat lah disekelilingmu,pasti ada yang ‘teruji’ akibat daripada tabiatmu itu..mungkin isterimu,anak2mu,ibu bapa mu atau insan2 lain yang berkenaan denganmu

Bagi si bujang…fikir2kan dan renung2kan masa depan anda..

Oh!!terlupa pula..nama pun manusia..manakan mahu tersedar selagi tidak ‘terhantuk’ kepalanya..

Jika dipandang dari segala sudut, apa adanya pada ‘aku sebatang rokok’..
duit hangus, kesihatan terancam, dosa…????emmmm….apa yang ada??

??????????????????
"OH..TIDAK SAMA SEKALI"..~_~

DUIT..??

kalau sehari sekotak,and harga sekotak dalam RM??ntah..'aku sebatang rokok' pun tak tahu berapa harganya..mungkin dalam RM10..RM10 x 30 hari =??..RM300..wah!!tu kalau bagi mak ayah tu confirm bangga diorang..rezeki pun insyaAllah berkat..so, tak ada lah nak keluh kesah gaji tak cukup or what ever kan..


 KESIHATAN..??


Sure lah effect sangat!!paru2 rosak..otak pun rosak..kesuburan rosak..apa lagi yang mereka nak suruh aku rosakkan??cakap jerr..tak de hal lah bagi aku kalau bab2 merosakkan manusia nih..dah memang kerja aku pun..kat kotak aku pun dah terang2 gambar effect daripada tabiat merokok..keguguran, barah paru2, sakit jantung, macam2 lah..tapi ada mereka kisah??tak ada maknanya..takkan mereka nak tunggu ayat ni ada pada kotak aku

“AWAS!!jika anda merokok, nyawa anda akan dicabut oleh Izrail sebentar lagi”..emm..

Yes!!tak dapat dinafikan ramai yang ‘cuba’ nak ‘clash’ dengan aku..aku ikhlas lepaskan mereka, tapi mereka sendiri tak ikhlas untuk lepaskan aku..so,macam mana kami nak berpisah kalau macam tu..aku pun sebenarnya suka sangat mereka2 ni berpisah dengan aku sebab aku kesian pada mereka walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tak kesiankan diri mereka.


Actually ada jalannya..Cuma mahu atau pun tidak.pilihan ditangan sendiri!!..zaman sekarang ni macam2 adaaaa..berbagai jenis produk di jual untuk pisahkan manusia dengan aku..nak seribu daya,tak nak??berjuta dalih...

BERHENTI MEROKOK it doesn’t mean you kena berhenti serta merta..yang perlu ada serta merta adalah NIAT..!!and after that disusuli dengan tindakan2 yang sewajarnya..kalau berhenti serta merta ia juga boleh memberi risiko untuk mendapat STROK..(information yang tuan blog ni dapat hasil bacaannya di majalah)..so,slow slow laaaa…


mungkin selalunya sehari 20 batang..so mulakan dengan tolak satu persatu hari demi hari..esok 19 batang..lusa 18 batang..mungkin hari yang seterusnya tak dapat tolak 1 pun, still 18 batang..it’s ok..at least you tak tambah!!!maintain………….then cuba lagi tolak satu persatu..insyaAllah boleh………tapi DOA jangan lupa.. kita usaha, kita berdoa dan seterusnya kita berserah padaNYA agar diberi kesempatan untuk hidup dengan lebih AMAN tanpa ‘aku sebatang rokok’..


“Wahai manusia..jangan tinggalkan ‘aku sebatang rokok’ demi manusia lain kerana bimbangnya ia hanya sementara..tapi tinggalkan lah aku kerana sayangnya kau pada diri sendiri dan takutnya kau pada pemilikMU..janganlah dianiaya dan disia2kan pinjamanNYA yang sementara itu..sedarlah..insyaAllah kau akan lebih kuat untuk melawan keinginanmu untuk ‘berkawan’ denganku..aku tidak membunuh, tapi kau mungkin akan jadi PEMBUNUH”




Wassalam.. 

Saturday, July 23, 2011

~ JikA aKu JatUh HATi ~


Assalamualaikum..




YA ALLAH..jika aku jatuh cinta YA ALLAH..cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU..Agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu..

YA MUHAIMIN..jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu..Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA..jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

YA RABBUL IZZATI..jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu..

YA ALLAH..jika aku menikmati cinta kekasihMu YA ALLAH..janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

YA ALLAH..jika aku jatuh hati kepada kekasihMu YA ALLAH..jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

YA ALLAH..jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..

AMIN..YA RABBAL ALAMIN...

~~ Ingatlah wahai diriku ~~

Wassalam..

Tuesday, July 19, 2011

KAsiHmU meMbaWa kE sYurGA..


Assalamualaikum..

...................................................................................................

mulut membisu tak berkata
hati diam tak berbahasa
walaupun menyepi tanpa cinta
hidupku tetap indah disisiNYA

Ya Allah...aku redha dengan segala ketentuanMU..aku tidak menolak takdirMU..aku berserah segalanya padaMU..sesungguhnya kau Maha segalanya..KAU yang menciptakan segala yang di langit dan di bumi..tidak akan KAU ciptakan sesuatu itu dengan sia2..ku pohon agar cinta dan kasih sayangku tetap padanya insan yang amat ku sayangi..jangan KAU biarkan aku menjadi insan yang alpa terhadap tanggungjawabku kepadanya..kerana dia lah segalanya bagiku...AMIN.....

DUHAI KASIH DAN SAYANGKU

pandangan matamu membahagiakanku..setiap katamu menenangkanku..setiap langkahmu menjadi penemanku..kau lah cinta sejatiku

pabila kau jauh dariku, aku lemah tanpamu..kau berada disisiku, aku tetap rindu padamu..siapalah aku tanpamu..

kau lah kekuatan ku..kau lah temanku hidupku.kau lah pendengar yang setia..kau lah tempat ku mengadu segalanya..kau lah yang sempurna..sempurna dari segalanya..

kerana kau lah IBU ku yang tercinta..
.
.
.
Hasad manusia tidak kira siapa..kini aku menjadi mangsanya..aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan seorang ibu yang sempurna buatku..hanya dia yang mempercayai aku..aku tak kan sesekali mensia2kan kepercayaannya..sememangnya aku hanya mangsa..

aku tidak takut pada FITNAH manusia..kerana aku takut dengan hukum Allah
aku tidak gentar dengan DENDAM manusia..kerana aku pasti ada hikmahnya
aku tidak kisah pada HASAD DENGKI manusia..kerana aku yakin dengan takdirNYA..

"wahai manusia,bukan aku lawanmu.."

semoga Allah membuka pintu hati mereka2 ini agar dihilangkan dari mereka perasaan dendam dan hasad itu..

mungkin Allah tidak berikan apa yang aku MAHU, kerana Allah akan berikan apa yang aku PERLU..

Wassalam..

Sunday, July 17, 2011

KenAnGan iTu 'MemBunUhku'..



Assalamualaikum..


Hati terasa sunyi..fikiran melayang tak bertepi..mata masih mencari2..mencari sesuatu yang tak pasti..ku pandang kiri, ku pandang kanan, ku pandang depan, ku pandang belakang, ku pandang semuanya..tapi KOSONG!!!..ia membuatkan fikiranku mula mengenangkan pelbagai kisah suka duka hidupku..tiba2 terkenang aku pada mu wahai sahabatku..


AZIMAH BINTI ABU BAKAR


teman baikku ketika di matrik dulu..pemergiaannya setahun lalu akibat penyakit Leukemia tak kan pernah luput dalam ingatan ini..sehingga sekarang saya masih tidak mampu memaafkan diri sendiri..kesilapan saya dan kebodohan saya memberi penyesalan yang teramat besar buat diri saya..saya masih ingat akan permintaannya 4 bulan sebelum pemergiaannya melalui mesej..


"erna,aku dah keluar hospital.mai la melawat aku. rindu giler nak gelak2 dengan ang"
"ang dah sihat ke imah?"
"dah...hai..tak kan nak tengok aku sakit lagi kottt"
"uish..aku saje je la tanye.ok2,insyaAllah nanti dah bukak sem aku melawat ang ye.sekarang ade kat kampung susah nak keluar"
"owh..ok2,datang tau.miss u.."
"owrait..miss u toooo.."


semuanya berakhir begitu sahaja..saya??insan yang paling pentingkan diri sendiri!!saya fikir dia sudah sihat, jadi mungkin saya banyak masa lagi untuk pergi melawatnya pada bila2 masa sahaja.


hari demi hari..minggu demi minggu..bulan demi bulan berlalu..
4 bulan selepas itu, semasa saya dalam perjalanan untuk ke tournament taekwando, saya mendapat mesej dari Aina..kawan semasa di matrik dulu..


"salam..erna, imah dah takde.."


Haaa?????!!!!


Ya Allah......kawanku??..hanya air mata yang menjadi teman pada tika itu..fikiran saya kosong!! hati saya apatah lagi..ingin saja saya pergi berjumpanya buat kali terakhir,ingin memohon maaf kepadanya..tapi apakan dayaku..


IMAH..seorang yang sangat ceria..periang..peramah..walaupun sakit, tak pernah menunjukkan yang dia sedang sakit..hingga ke akhir nafasnya dia masih ceria bersama insan yang dekat dengannya..mana mungkin kan ku cari ganti sahabat seperti itu..tapi benarlah kata orang, kita akan tahu menghargai seseorang itu setelah dia pergi..


saya dan kawan2 berpakat untuk menziarahinya, tapi malangnya kami semua tidak tahu di mana rumahnya..dengan ditemani tangisan saya meninggalkan pertandingan taekwando itu begitu sahaja..saya pulang ke kolej dengan hati yang kosong, hati yang penuh dengan penyesalan..Ya Allah......mengapa sukar untuk ku percaya semua ini..


MENGAPA ERNA??MENGAPA??kawan2mu yang lain semuanya sudah pergi melawatnya ketika dia sedang sakit..tapi mengapa dirimu tidak meluangkan masamu untuk melawatnya??!!!!


Sehingga sekarang saya masih ingat semua itu..setiap kali melihat gambarnya, pasti air mata ini meminta2 untuk dijatuhkan ke bumi..mana mungkin saya mampu memaafkan diri yang hina ini..hanya doa yang mampu ku kirimkan buatnya di sana..semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga dia damai di sana..AMIN...




Ajal maut..tidak kenal siapa,tidak kenal usia,tidak kira tempat dan tidak kira masanya..jika sudah ditakdirkan ia tiba, tak kan lambat sesaat dan tidak akan cepat sesaat pun..




Wahai diriku yang hina..sedarlah...persiapkan lah dirimu untuk bekalanmu 'di sana'..takutlah kau akan kematian mu..kerana mati itu adalah PASTI..


Wassalam..

Saturday, July 2, 2011

'SaaT LaFaz SAKINAH..'


Assalamualaikum..


hari ni merupakan hari perkahwinan teman sekolahku Puan Eda dan suaminya Encik Azrul..diorang yang kawen, tapi saya yang excited lebih..debarannya pun saya yang lebih2 plak terasa.haha.bukan apa..just tumpang bahagia orang lain apa salahnya kan2..tapi macam tak percaya pun ada, baru umur 21 dah kawen??haishh..jelez2!!haha..tengok cara dia tadi memang dah ada gaya isteri orang..matang dan dewasa gitu.......

masa mula2 sampai rumah dia,terus masuk bilik pengantin..seriously excited!!..pengantin tengah sibuk make-up,so tak mau kacau..duduk perhati sekeliling bilik..ambil mood!!haha..bila tengok hantaran2 kat atas katil, tiba2 jadi sebak plak..adeshhh..tiba2 rasa macam "eh,dia dah kawen..aku macam mane??!!"..hahaha..perasan betul!!budak lagi laaa,ada hati nak kawen..

masa tengah tunggu pengantin lelaki sampai,sempat la beramah mesra dengan kawan2 yang dah lama terpisah.huhu.and jumpa jugak cikgu2 sekolah dulu..yang paling tak boleh di terima, Cik Shafiqa and Cik Ma telah membuli saya..walawesss...mentang2 dah pergi kursus kawen,berlagak yeerrrr...tak pa..tak paa...hang pa tengok la nanti.....cek pi kursus haji terus baru hampa tau!!haha.

ape2 pun hari ni memang happy sesangattttttttt...walaupun hanya mampu tumpang kegembiraan orang lain, itu pun dah cukup kott..huhu.anyway, congrate to Puan Eda dan suaminya..korang memang sama cantik sama padan..muka korang pun nak dekat2 sama dah cek tengok..sweet!!

see!!SAKINAH tuuu..my name!!huhu
tersangat indah saat ku melihat Si Adam memaut erat tangan Si Hawa yang halal baginya..semoga rumah tangga yang di bina mendapat keberkatan dari Illahi..semoga mereka berdua dapat memegang AMANAH yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Ameen.........


Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...