Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..

Friday, December 28, 2012

Usrah Osem !


Usrah bukan segala-galanya , tapi segala-galanya bermula dengan Usrah..
..Same goes with..
Tarbiyah bukan segala-galanya , tapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyah..


Alhamdulillah..sejak tahun lepas, ketika saya berada di Semester 5, saya mula ditarbiyah..
Subhanallah..kesempatan itu diberikan kepada diri saya yang hina ini..

Syukur pada Mu Ya Rabb..
Atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan kepada ku..
Pimpinlah aku disepanjang kehidupanku ini, agar aku dapat menyusuri liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan durinya di dunia yang sementara ini..
Agar aku terus Istiqomah dan Mujahadah di jalan-Mu Ya Rabb..
Tuntun langkahku..
Tunjuki daku..
Ampuni daku..
Rahmati daku..

Sejak hati ini 'disentuh' Ilahi, hidup saya mula berubah sedikit demi sedikit..
Sehingga ke hari ini, saya masih berusaha untuk mengubah diri..
Semestinya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..
Iman itu sendiri ada turun dan naiknya, ibarat air panas yang sedang menggelegak..
Blup ! Blup ! Blup !
Sekejap turun, sekejap naik..
Itu lah hakikat..

Allahurabbi..Hamba-Mu ini lemah..Rabb..kuatkan..:'(


Tapi ! itu tak menjadi alasan untuk saya terus 'MEMAKSA' diri melakukan segala kebaikan..
Walau 'terpaksa' berhadapan dengan keterpaksaan di permulaan , pastinya keikhlasan juga yang diharapkan..
Itu yang saya rasai dan lalui..
' Keterpaksaan mampu berubah menjadi Kerelaan'

InsyaAllah..:)
Hari ni rasa bahagia sangat..hakikatnya sememangnya hari2 adalah hari yang membahagiakan bagi saya..
Alhamdulillah...

Hari ni online Fb, then masuk tinjau2 dalam group BULATAN CINTA OSEM a.k.a BCO..
BCO adalah program yang saya dan Cik/Puan Akhwat2 lain tubuhkan bagi mengumpul muslimah UPM yang sama-sama ingin berada di jalan Tarbiyah..fokus untuk mereka-mereka yang baru mahu bermula..
Alhamdulillah..ALLAH memudahkan jalan kami untuk 'membuka jalan' buat mereka..
Sungguh beruntungnya mereka..kerana jalan Tarbiyah ini terbuka di depan mata, tidak seperti saya dipermulaan dulu..tercari-cari sehingga hampir berputus asa..Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua yang di harapkan sekian lama..:)
Semua ketentuan DIA..Semua berlaku dengan izin-Nya

Matlamat BCO adalah 'mencari' Muslimah yang betul2 ingankan USRAH/TARBIYAH dalam kehidupan mereka..kami mahu kumpulkan mereka yang benar2 MAHU ! Full comitment ! bukan untuk kami, tapi untuk mereka sendiri..nak berubah itu mungkin mudah, tapi nak ISTIQOMAH itu yang agak payah..hakikat !

Maka, kami sediakan platform untuk mereka menunjukkan komitmen mereka di jalan Tarbiyah dan akhirnya mereka yang betul2 berikan FULL COMITMENT akan di select untuk join our USRAH yang OSEM !! ^_^

Kenapa mesti pilih2 ?? kenapa tak ambil semua jer ??

Jawapannya...
Memang raaaaaammmmmaaaii yang inginkan Tarbiyah dalam kehidupan mereka..
Ramai yang mengharap ! dan ramai juga yang masih tercari-cari sebenarnya..
Saya faham apa yang mereka rasa, seperti apa yang saya pernah rasakan dulu..Allahurabbi..

Tapi ! Naqibah yang kami ada tidak lah ramai..
Saya sendiri masih hanya mampu menjadi Mutarabbi sahaja, Murabbi tak ramai lagi..
Sebab itu perlu di seimbangkan sebaiknya jumlah Murabbi dan Mutarabbi yang ada..
Supaya adil buat semua, dan tidak menzalimi sesiapa..Itulah matlamat BCO

Alhamdulillah, sepanjang semester 7 program ini diadakan setiap minggu pada hari JUMAAT jam 12.30 tengahari hingga 2 petang bertempat di Fakulti Bioteknolgi,UPM..pengisian setiap minggu berbeza2..Penceramah juga adalah orang yang berbeza..program ini memdapat sambutan yang menggalakkan..memang OSEM ! 
Betapa ramai orang di luar sana yang mahu kembali kepada FITRAH ISLAM !
Ramai ! sangat ramai !

Setelah berakhirnya BCO di penghujung semester, akhirnya kami mengumpulkan pula mereka-mereka ini untuk confirmation USRAH mereka..
Mereka perlu mengisi borang yang telah di sediakan secara ONLINE !
Wah ! Tarbiyah dan Dakwah berteknologi tuuu...^_^

 ..BULATAN CINTA KITA..

Itulah nama Usrah baru buat ahli-ahli baru..
OSEM ditukar kepada KITA sebab mereka bersama2 kami menjadi KITA !

Alhamdulillah..Ahlan Wa Sahlan Ya Ukhti2 !!..:)

Dan..Dan..Dan..yang paling tak sangka, borang yang telah di buat oleh seorang akhwat ada tertulis kata-kata dari saya..ops ! semua milik ALLAH..pastinya ilham dari DIA..
Saya cuma memberi idea, Alhamdulillah..diterima....... :)
Cadangan dan idea di perlukan..think ! think ! think ! :)
 
Emmm...Aahaa !! Got it ! Alhamdulillah..:)
Jeng..Jeng..Jeng...
.
.
.
.
.
.

TAAARRAAAA !!! ^_^

Alhamdulillah..Accepted !
Zooming !! :)

Semoga sahabat2 baru yang bakal berusrah dapat istiqomah dan mujahadah bersama2 kami semua untuk sama2 mengapai Mardhatillah..InsyaAllah

Tabarakallah..

 

1 comment:

  1. Assalamualaikum,,macam mana saya nak join BCO ni ya? hubungi saya segera =)
    010-5605537

    ReplyDelete

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...