Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 26, 2011

PeNgaJaRaN seBuaH peRjaLaNan




Assalamualaikum..


Syukur ke hadrat Illahi kerana diri ini masih berkesempatan menikmati kesihatan yang baik untuk menunaikan solat terawih berjemaah pada malam ini..Seperti biasa, menapak ke masjid bersama ibunda dan ayahanda tercinta..apa yang nak dikongsikan ialah mengenai isi kandungan tazkirah yang di sampaikan pada malam ini..


Tazkirah di sampaikan oleh seorang ustaz yang dijemput khas dari jabatan agama islam Bentong..cara beliau menyampaikan tazkirah tersebut sangat bersahaja..selalunya tazkirah hanya disampaikan selama 15-20 minit oleh ustaz dari kampung saya sendiri..tapi hari ni, ustaz jemputan tersebut minta untuk menyampaikan tazkirah selama sejam..huhu..kedengaran ada bunyi mengeluh di bahagian hadapan..sebab solat terawih pun masih belum selesai lagi.


'hai pakcik2.....nak kejar apa kalau balik rumah pun...bukan ada isteri muda pun'..~_~


Ustaz tersebut saja mahu menguji..tapi memang agak lama juga tazkirahnya tadi,hampir sejam juga..tapi tak terasa pun lamanya sebab penyampaiannya sangat2 bersahaja dan diselit pula dengan unsur2 lawak dari beliau..~_~


Beliau berbicara mengenai RAMADHAN..pastinya semua sudah maklum bahawa bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mulia,bulan yang penuh keberkatan..dan pastinya semua muslimin dan muslimat mahu mengejar pada 1 malam yang dicari2 dan diharapkan untuk menemuinya iaitu LAILATUL QADAR..semua itu di sebut semasa tazkirah tadi..banyak lagi yang dikupaskan oleh beliau terutamanya mengenai DUGAAN di bulan Ramadhan ini..


Beliau menceritakan pengalaman beliau pada minggu lepas semasa sedang bertugas di pejabatnya iaitu jabatan agama islam Bentong..


~ ikuti AL-KISAHNYA ~


Encik Ustaz : minggu lepas ada seorang wanita datang berjumpa dengan saya..umur dalam lingkungan 50an..pakai tudung buat syarat je,baju ketat nampak pula dadanya..duduk depan saya. saya ni pun terkelip-kelip..kalau tak tengok rugi, rezeki tu..(semua jemaah gelak..~_~)..saya rasa hari itu puasa saya paling kurang pahalanya..pastu dia pun mengadu lah masalah dia


Puan wanita : Encik,saya kawen kat siam.saya tak daftar dekat sini.sekarang anak2 saya nak buat apa2 pun susah..macam mana ni encik?


Encik Ustaz : sepatutnya puan kena daftar.......puan nikah dekat sana macam mana?lengkap ke rukun nikahnya??


Puan Wanita : Encik tak tahu perkahwinan saya sah ataupun tidak, tapi Tuhan tahu yang perkahwinan saya sah!!(nada agak marah katanya)


Encik Ustaz : Puan tahu tak rukun nikah?


Puan wanita : tahu lah!


Encik Ustaz : rukun nikah ada berapa puan?


Puan wanita : alahh..lupa dah lah...(inilah manusia..tak pernah nak mengaku kelemahan diri)..
Puan wanita : Encik jangan ingat saya takut dengan encik.saya tak takut dengan encik,tapi saya takut dengan Tuhan!!saya tahu encik tak suka dengan saya..saya tengok cara encik pandang saya tu pun saya tahu....


Encik Ustaz : Puan takut dengan tuhan, tapi kenapa buka aurat?Puan tahu hukum menjaga aurat?


Puan Wanita : owh..yang tu hal peribadi..itu hal saya,bukan hal Encik.


Encik Ustaz : memang hal puan, tapi saya ni yang TERGANGGU..


Puan Wanita : itu maknanya IMAN Encik ni LEMAHHH....ni kan bulan puasa,syaitan di belenggu..tapi Encik masih terganggu..IMAN lemah la tu.......
sekadar hiasan
Ustaz terkedu mendengar kata2 Puan wanita tersebut..ustaz berkata dalam hati "memang lah syaitan dibelenggu,tapi masalahnya awak tu yang jadi syaitan"(semua jemaah gelak..~_~)




Itulah kisahnya..
sebenarnya perasaan saya bercampur baur..
SUKA kerana bunyinya agak lawak..
SEDIH dengan kerenah Makcik tersebut..
dan KECEWA..
kecewa dengan diri sendiri..
masih jauh perjalananku, sedangkan hidupku begitu singkat di dunia ini....
moga kan ku temui sinaran dalam kesamaran ini..


YA ALLAH..bimbinglah selalu langkah ini, agar selalu ia menapak di jalanMu yang lurus..Aameen..


~ HARAPAN YANG SATU ~

Wassalam..

Wednesday, August 24, 2011

KaD RayA UnTUk sEmuA..



Assalamualaikum..

Hari ini saya telah 'mendedikasikan' kad raya kepada kenalan2 saya yang ada di 'dunia' 'bukumuka'..raya pun dah tak lama, jadi saya ambil keputusan untuk kasi kad ucapan tu pada semua yang terlibat..kalau nak kasi yang ori, tak termampu rasanya nak hantar pada semua.Jadi, saya cuba manfaatkan kecanggihan yang ada pada zaman ni sebaik mungkin..~_~

Lagi pun BB saya ni pun dapat guna 2 hari je, esok Cik Kawan nak pinjam..tak tau bila lagi ada kesempatan untuk menTAG kad raya tu..Cik Kawan ada banyak tugasan yang perlu disiapkan,jadi dia perlu mencari banyak maklumat pada Encik Internet..tak rugi berkorban untuk kawan kan..dia lebih memerlukan BB ni berbanding saya..saya ni LAGHO je lebih..Haishh....(sedarlah wahai ERNA!!)

Alhamdulillah....7 kad telah berjaya saya create kan..1 tambahan edited daripada yang asal..jadi semua sekali ada 8 kad..ambil masa dalam 4-5 hari juga nak buat semua tu..tapi tidak bermakna 24 hours spend my time untuk buat kad itu sahaja..Oh,tidak sama sekali..bila2 saya kebosanan, dan saya rasa dah settle semua kerja baru lah saya 'mengkreatifkan' diri ni..~_~

Terasa keterujaan yang amat bila nak create satu persatu kad ni..Edit2 je sebenarnya..'pinjam' gambar dari Encik Google, pastu potong sana potong sini..tulis sana tulis sini..Then siappppp!!..~_~

Kad ni biasa2 sahaja..tak seberapa pun..tapi saya buat dengan sepenuh hati buat mereka2 yang teristimewa..~_~

Fisrt sekali yang berwarna hijau ni adalah 
khas buat warga pendidik yang pernah mendidik saya 
dari sekolah rendah sehinggalah saya berada di menara gading sekarang..



seterusnya..
Khas buat classmate saya semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Gelanggi 02..5 SAINS 2007


seterusnya..
Ini pula buat kenalan semasa sekolah rendah,sekolah menengah, KMPP and UPM


seterusnya..
Kad ni khas buat roomate saya semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..warga bilik B5.4.6..:)


seterusnya..
Khas buat roomate saya di UPM..warga L4 305 Kolej 12..~_~


seterusnya..
Khas buat classmate saya, bakal2 cikgu SAINS RUMAH TANGGA..


seterusnya..
Ini pula khas buat teman2 baik saya..


dan yang terakhir
~ Khas buat seorang insan ~


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
Maaf Zahir dan Batin..~_~

Wassalam..

Tuesday, August 23, 2011

LaiLatuL QaDar..



Assalamualaikum..


Hari ini sudah 23 Ramadhan..bermakna sudah 22 hari juga kita telah berpuasa, dan insyaAllah menjadi 23 hari seusai berbuka puasa nanti..bagaimana hari2 kita?adakah 23 hari ini hanya dipenuhi dengan rasa lapar dan dahaga sahaja?bagaimana pula dengan amalan2 yang lain?harap2 kita semua tidak mensia2kan hari2 yang berlalu di bulan yang penuh kemuliaan ini begitu sahaja..


Ingatlah wahai diriku..sesungguhnya diriku hanya insan biasa yang tidak sempurna..tidak lari dari kealpaan..kadang2 lupa diri,sebab itu pentingnya muhasabah diri..sangat perlu sentiasa muhasabah diri supaya diri tak hanyut dalam 'duniawi' yang 'dicipta' sendiri..




Buat hari2 yang mendatang pula,sama2 la kita MANTAPkan iman kita untuk terus beramal ibadah supaya semua amalan kita selama ini diterima Allah dan semoga kita mendapat keampunan daripadaNYA..dan semoga kita kan temui Lailatul Qadar NYA atau pun sebenarnya telah pun kita temui..semoga kita semua kan memperolehi apa yang dicari,yang di nanti dan yang diharapkan..mudah2an..Aameen..





Sesungguhnya Lailatul Qadar ialah malam yang berkat..Ianya jatuh pada sepuluh malam akhir Ramadhan..Malaikat Jibril dan para malaikat turun untuk mengatur urusan dan membawa rahmat daripada Allah ..

Firman Allah SWT :
 " Sungguh telah kami turunkan Al Quran dan malam Qadar. Tahukah engkau, malam Qadar itu? Malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Sama turunlah para malaikat dan malaikat Jibril pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. " (Surah Al Qadr : 1-5)


Wassalam..

Thursday, August 18, 2011

PenAwaR haTimU



Assalamualaikum..

Amani - Amar : BUAT WANITA SOLEHAH


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati......



"Menjadi PENAWAR HATIMU.."

Wassalam..

SeBuaH keBAnGKiTan



Assalamualaikum..

>>> kata2 buat DIRIKU <<<



Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu..


Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu..
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah..



Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah..
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah..
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..

GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGATMU SETINGGI BINTANG DI LANGIT..RENDAHKAN HATIMU SERENDAH MUTIARA DI LAUT..


Bersyukur kerana dipertemukan sahabat yang HEBAT!!yang bertungkus lumus membangkitkan kembali diriku daripada kejatuhanku..yang bersusah payah mentarbiyahkan ku demi sebuah kesedaran..Syukur padaMu Ya Allah..terima kasih wahai sahabatku..bersama kita menuju ke jalanNYA..mudah2an..semoga istiqamah dalam perjalanan mencari keredhaanNYA..Aamin.......

Wassalam..

Friday, August 12, 2011

kiSaH Norma, UjiAn ALLAH, berSyuKuRkaH kiTA..??

     
Assalamualaikum..





"TOLONG BANTU NORMA"..


video ini telah membuat diri ini terpanggil untuk menulis bagi berkongsi kisah seorang hamba ALLAH yang sedang diuji dengan dugaan yang cukup hebat..




kisah ini mampu membuat air mata menitis..jatuhkan egomu buat sesiapa sahaja yang rasa sukar untuk menitiskan air mata kerana jika tak rasa apa2,trust me..something wrong with your heart!!bukan sahaja menangisi ujian buat insan ini,tapi menangisi nasib diri yang belum pasti..


Puan Norma..isteri kepada saudara Talib yang menjadikan 'SUSAH SENANG BERSAMA' sebagai prinsip hidupnya.ibu kepada bayi yang baru berusia 6 bulan ini juga merupakan seorang guru.tapi siapa sangka dan siapa dapat menduga dengan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T yang mana beliau telah disahkan menghidap 'BARAH OTAK'.




begitu tersentuh hati ini melihat kasih sayang dan pengorbanan seorang suami .masih ada lelaki sebaik ini di atas muka bumi ini.bukan semua laki tak 'berguna',dan bukan juga semua perempuan tak 'berguna'..masih ramai yang 'berguna' dan berhati mulia.dan salah seorangnya ialah saudara Talib..~_~


kata2 seorang suami.."saya takkan putus asa,selagi nyawa dikandung badan,saya takkan putus asa"




YA ALLAH..berikanlah kesembuhan sepenuhnya buat Puan Norma dan berikan kesabaran serta ketabahan buat dia dan keluarganya agar mereka semua dapat menghadapi ujianMu ini dengan redha..semaikan rasa cinta dan kasih sayang yang utuh buat suaminya agar kurniaMu itu dapat memberikan kekuatan buat suaminya untuk setia menjaganya sehingga dia sembuh sepenuhnya..Aamin..........


"kadang2 kita diuji kita rasa kita lah yang hadapi ujian paling hebat,
sedangkan ada orang lain yang diuji lagi hebat"


malu rasanya..malu yang teramat bila mengenangkan diri sendiri..take a mirror and reflect yourself Cik ERNA and all my frens..!!begitu banyak KENIKMATAN yang dikurniakan oleh Allah,tetapi kekufuran,kelalaian dan kemaksiatan yang dibalaskan..bila diuji dengan dugaan yang begitu kecil,sudah sibuk mengeluh sana sini..mengata diri sendiri..='(




pernah ke kita benar2 bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita olehNYA??apakah yang dimaksudkan oleh SYUKUR itu sendiri??bagaimana caranya kita menunjukkan tanda syukur kita padaNYA??adakah hanya menzahirkan dengan ucapan 


'ALHAMDULILLAH'..


ya!!itulah kebiasaannya..tapi apa makna disebalik ucapan itu??adakah ia cukup hanya sekadar ucapan wahai diriku yang hina????


REBUTLAH 5 waktu sebelum 5 waktu wahai diriku....bersyukurlah dengan sebenar2 syukur padaNYA..jangan sampai kenikmatan yang diberi ditarik semula dan baru lah mahu menyesali semuanya..




~~muhasabah diri dalam muhasabah cinta pada Illahi~~



~~ MUHASABAH CINTA ~~

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu 
Kupasrahkan semua pada Mu 

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur 
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi..Muhasabah cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati 
Pertemukan aku dengan Mu....



Wassalam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...