Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 24, 2012

Hati Mereka, Hati Saya..Berbeza..


Biarkan mereka..
Biarkan..
Biarkan sahaja..
Biarkan mereka hidup dengan perasaan hasad dan dengki yang menggunung..
Biarkan jika itu sahaja yang mereka mampu rasakan..
Biarkan mereka berlawan dengan perasaan mereka sendiri..
Biarkan mereka..
Biarkan..

Yakinlah !
ALLAH bersamamu..
ALLAH ada bersama hamba-hambaNya yang sabar..

Bersabarlah..
Tersenyumlah..
Tenanglah..

Kamu manusia biasa yang punya HATI yang LUAR BIASA..
kerana HATI mu ada aura CINTA dari Sang Pencipta..
Buktikan pada semua, yang kamu bukan seperti mereka..


"Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Rad : 28 )

Tenanglah wahai HATI..Tenanglah wahai DIRI..:)

Anggap lah itu adalah teguran dari ALLAH..
kamu itu manusia yang sering alpa..yang selalu melakukan dosa..
sebab itu ALLAH tegur melalui mereka ! Biar sedar ! Agar tidak terus alpa ! Ingat !!

Redha..Redha lah..Berdoalah..
Semua berlaku dengan izin-Nya..maka, mohonlah kekuatan dan ketabahan dari-Nya..
Mohonlah agar dipermudahkan untuk kamu menghadapinya..
Untuk menghadapi mereka2 yang punya hasad dan dengki dalam hati mereka..

Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..

Usah kamu emosi..
Usah kamu melenting..
Usah kamu marah..
Semuanya hanya sia2..

Biarkan sahaja mereka..kamu tidak perlu berbuat apa2 pada mereka..
Biar mereka sendiri merasa penat dengan apa yang mereka lakukan..
Biarkan mereka..Doakan mereka..
Doakan mereka, moga di beri Taufik dan Hidayah yang sememangnya telah pun ALLAH  berikan buat sekalian hambaNya..Doakan mereka juga merasakan nikmat iman dan islam yang kamu sedang rasai..

Beza kamu dan mereka adalah KEIMANAN..jagalah ia ! Moga kamu di berikan Hidayah yang berpanjangan..Allahumma Aameen..

Teruskan bersabar..ALLAH bersamamu..InsyaAllah :)



No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...