Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 26, 2011

Doa Seorang Hawa


YA ALLAH...
Satu kan hati kami dalam mengejar cintaMU 
Agar kami bahagia dalam redhaMu 


YA ALLAH..
Di saat aku telah HALAL buatnya..
Jadikan ku bidadari dunia dan SYURGA nya YA ALLAH..
Ku tahu diriku tak sempurna, 
Namun sempurnakan lah diriku untuknya..
Mungkin diriku belum cukup baik untuknya,
 Namun KAU jadikan lah diriku yang TERBAIK buatnya..
KAU terbitkan rasa cinta dan kasihku buatnya 
Pabila sampai waktu yang telah KAU takdirkan dia HALAL buatku..


YA ALLAH...
Jadikan lah diriku isteri yang taat kepadanya..
Yang menyenangkannya dan membahagiakannya..
Yang dapat menjadi ibu kepada anak2nya..
Yang dapat mendidik anak2nya mengenal-MU..
dan mengenal Rasul MU YA ALLAH..


YA ALLAH...
Jadikan lah dia IMAM terbaik kepada solatku..
Yang sentiasa membimbingku dan melindungiku..
Yang sentiasa menyayangiku dan mencintaiku..
Yang sentiasa menerima kelemahanku..
Yang mengingatkan ku di saat ku mula alpa..
yang sentiasa membawa ku ke jalan SYURGA-MU YA ALLAH..


YA ALLAH..
jadikanlah kami ibu dan ayah yang TERBAIK buat anak2 kami kelak..
yang dapat membina Baitul Muslim yang taat kepadaMU YA ALLAH..

membina keluarga yang Sakinah, Mawaddah,Warahmah
dalam mencari KEREDHAAN-MU YA ALLAH.....



Aamiin Ya Rabbal Alamin......

Friday, September 16, 2011

Wahai Adam..


Assalamualaikum..


 ~ SAAT LAFAZ SAKINAH ~



Dengan izin Allah jika dipanjangkan umurku dan dipertemukan jodohku


Wahai ADAM ku yang bakal ku TEMUI..

Tidak ku tahu siapa dirimu
Dirimu masih berada dalam rahsia kitab Illahi
Yang telah tertulis di Luh Mahfuz buatku
Siapa pun dirimu, aku setia menanti
Aku sedia menerima mu seadanya
dan mengharapkan kau juga begitu

Duhai ADAM ku yang bakal ku CINTAI..

Aku hanya insan biasa
Yang tidak sempurna
Banyaknya kelemahan ku tidak terhitung kira
Namun ku akan cuba memperbaikinya
Aku tidak mahu menjadi manusia tidak berguna

Wahai ADAM ku yang bakal ku SAYANGI..

Tidak ku pinta kau terlalu sempurna
Cukuplah kehadiranmu kelak dapat menyempurnakan hidup kita berdua
Tidak ku paksa kau mengimamkan solat mereka di luar sana
Cukuplah jika kau mampu mengimamkan solat kita sekeluarga


AMANAH

Bukan sekadar bahasa ,
Bukan sekadar bicara ,
Bukan sekadar kata..

Ia akan menjadi tanggungjawab ku untuk memikulnya pabila sampai masanya
Bukan mudah..dan tidak susah..
Bukan mudah , jika aku hidup TANPA 'ilmu'
Tidak susah , jika aku hidup DENGAN 'ilmu'


"TAAT ITU BUKAN HANYA PADA NAMA..
 INDAH IA PADA MAKSUDNYA"


ILMU
~ Aku Mencarimu ~

Wassalam..

Wednesday, September 14, 2011

RinTiHaN SeOraNg HaMbA..


Assalamualaikum..


: : SYAIR IMAM SYAFEI : :


~ RINTIHAN ~

Ku sembahkan (rintihan) kepadaMu
Tuhan sekalian makhluk
Akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa
Wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

Bila mana keras hatiku
Dan terasa sempit perjalananku
Ku jadikan rayuan (rintihan) daripadaku
Sebagai jalan untuk mengharap keampunanMu

Bila mana Engkau yang memiliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu
Adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan
Serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan 
Kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku
Walau aku seorang yang sentiasa berdosa

Semoga orang yang memiliki ihsan
Mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku
Serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku
Ampunkan aku dari kederhakaan ,
Kezaliman dan penganiyaan 
Yang tak akan terhapus 
Di hari berhimpun kesedihan

Namun jika Engkau membalas seksa terhadapku 
Aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu
Akan memasukkan diriku ke dalam neraka 

Dia adalah seorang yang fasih
Ketika menyebut / mengingati Rabbnya
Dan bila mana dia bersama selain tuhannya
Di dunia ini dia membisu

Dia (Rasulullah s.a.w) berkata :


Kekasihku..
Engkaulah tempatku meminta dan berharap
cukuplah engkau bagi yang berharap
Sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu
Dan di saat ku lelap, aku berharap
Mengiringi langkahku
Dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar
sejak dulu dan kini

Namun ku tahu keampunanMu
 Yang mendatangi hamba
Adalah lebih besar dan agung
Dan lebih mulia..


Diri ini adalah Hamba
ALLAH itu adalah Tuhan..
Maka berkelakuanlah selayaknya seperti seorang Hamba !
Hiduplah dengan cara hamba yang selayaknya untuk disayangi oleh Tuan Punya Dunia..



~ Ingatlah Wahai Diriku Yang Hina ~

Wassalam..

Friday, September 9, 2011

Ingin Aku Menjadi..


Assalamualaikum..

Telah ku baca bait2 kata dari seorang wanita..
Yang bagiku sangat istimewa..
Penulisannya penuh dengan bicara kata Illahi..
Mampu membuat siapa sahaja yang membacanya memuhasabah diri..
dan pastinya aku merasakannya..

Bait kata ini telah ditulisnya..


Tapi...
Dimana AKU ???
Adakah aku salah seorang Srikandi Ummah itu??
Apakah aku layak bergelar Muslimah Sejati ??..
Mampukah aku menjadi Mujahidah yang pekerti ??..
Layakkah aku menjadi Mar'ah Solehah seperti itu ??..


Betapa ku sedar masih jauh perjalananku ini..
Masih mencari-cari sinaran yang dapat menerangi..
Agar tidak aku terus tersesat sendiri..

Pernah ku hilang harapan..
Pernah ku berkeluh kesah..
Pernah ku berputus asa..


TAPI..

Dengan keyakinan akan TakdirNYA 
Dan kebergantungan yang ku letakkan padaNYA
Aku mampu bangun dari kejatuhan itu
Aku BUKAN Aku
Tetapi Aku HANYA Aku !!



YA ALLAH..YA RAHMAN..YA RAHIM..

Inginku menjadi SRIKANDI UMMAH
Akan ku berusaha menjadi MUSLIMAH SEJATI
Moga ku jua kan menjadi MUJAHIDAH PEKERTI
Dan mampu menjadi MAR'AH SOLEHAH


KU bersyukur pada Illahi
Walaupun aku merasa sakitnya pada 'kejatuhan' itu
Namun Allah permudahkan jua urusanku


AKHIRNYA..
Akhirnya..diriku mampu..


Wassalam..

Thursday, September 8, 2011

Sebuah Pertemuan..


Assalamualaikum..


UNIC - SEBUAH PERTEMUAN



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkurku di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan 
Kau bisikan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan

Saatku ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.....

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu , Oh Tuhan..

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina....

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama TEMAN..




Wassalam..

Saturday, September 3, 2011

SeGeNGaM KEtAbaHAn


Assalamualaikum..


Pelbagai persoalan di ajukan padaku
NAMUN.....
Hanya sebuah senyuman yang mampu ku balas sebagai jawapan..

Ramai yang memberikan sokongan dan dorongan, 
tak kurang juga yang menyalahkan diriku atas apa yang berlaku..
tidak mengapa..ku berterima kasih kepada semuanya..
yang memberi sokongan,cukup memberiku semangat untuk meneruskan kehidupan
yang menyalahkan ku, cukup untuk ku jadikan semua ini sebagai pengajaran


~ Diriku tahu apa yang berlaku,dan ALLAH maha mengetahui segalanya ~
Wahai teman..
Ku kuatkan jiwaku demi mereka yang kusayangi..ku cekalkan hatiku demi mereka yang kucinta..ku tabahkan diriku demi mereka yang kukasihi..

Wahai teman..
Ku bukan kuat,ku bukan hebat!!
diriku hanya insan biasa yang lemah kerana ku punya perasaan..

Wahai teman..
mungkin senyumanku sering terukir dihadapan kalian..
mungkin gelak tawaku sering menggembirakan kalian..
mungkin jenakaku sering menggelikan hati kalian..
seandainya kalian tahu..bukan itu buktinya diriku seorang yang KUAT, apatah lagi HEBAT!!

Wahai teman..
ku tersenyum tidak bermakna ku sebahagia senyumanku itu
ku ketawa tidak bermakna ku seceria gelak tawa ku itu
betapa ku berusaha untuk mendidik diriku bagi menzahirkan segala apa yang boleh membahagiakan orang disekelilingku..

Wahai teman..
yang kalian lihat bukanlah sebuah kekuatan,mahupun kehebatan..
tapi ia adalah sebuah KETABAHAN..
Tabahnya diriku adalah kerana DIA..

DIA..
DIA yang menentukan takdirku..
dan aku yakin pada takdirNYA..
itulah penawar hatiku yang menjadikan diriku KUAT dan HEBAT dimata kalian, walhal diriku hanya punya SEGENGAM KETABAHAN untuk menutup kelemahan perjalanan kehidupanku ini

sedarlah wahai pemilik diri..
segala manfaat biarkanlah diresapi..
pengingat jiwa dan diri..
agar bahagia di syurga hakiki..


Wassalam..

Friday, August 26, 2011

PeNgaJaRaN seBuaH peRjaLaNan




Assalamualaikum..


Syukur ke hadrat Illahi kerana diri ini masih berkesempatan menikmati kesihatan yang baik untuk menunaikan solat terawih berjemaah pada malam ini..Seperti biasa, menapak ke masjid bersama ibunda dan ayahanda tercinta..apa yang nak dikongsikan ialah mengenai isi kandungan tazkirah yang di sampaikan pada malam ini..


Tazkirah di sampaikan oleh seorang ustaz yang dijemput khas dari jabatan agama islam Bentong..cara beliau menyampaikan tazkirah tersebut sangat bersahaja..selalunya tazkirah hanya disampaikan selama 15-20 minit oleh ustaz dari kampung saya sendiri..tapi hari ni, ustaz jemputan tersebut minta untuk menyampaikan tazkirah selama sejam..huhu..kedengaran ada bunyi mengeluh di bahagian hadapan..sebab solat terawih pun masih belum selesai lagi.


'hai pakcik2.....nak kejar apa kalau balik rumah pun...bukan ada isteri muda pun'..~_~


Ustaz tersebut saja mahu menguji..tapi memang agak lama juga tazkirahnya tadi,hampir sejam juga..tapi tak terasa pun lamanya sebab penyampaiannya sangat2 bersahaja dan diselit pula dengan unsur2 lawak dari beliau..~_~


Beliau berbicara mengenai RAMADHAN..pastinya semua sudah maklum bahawa bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mulia,bulan yang penuh keberkatan..dan pastinya semua muslimin dan muslimat mahu mengejar pada 1 malam yang dicari2 dan diharapkan untuk menemuinya iaitu LAILATUL QADAR..semua itu di sebut semasa tazkirah tadi..banyak lagi yang dikupaskan oleh beliau terutamanya mengenai DUGAAN di bulan Ramadhan ini..


Beliau menceritakan pengalaman beliau pada minggu lepas semasa sedang bertugas di pejabatnya iaitu jabatan agama islam Bentong..


~ ikuti AL-KISAHNYA ~


Encik Ustaz : minggu lepas ada seorang wanita datang berjumpa dengan saya..umur dalam lingkungan 50an..pakai tudung buat syarat je,baju ketat nampak pula dadanya..duduk depan saya. saya ni pun terkelip-kelip..kalau tak tengok rugi, rezeki tu..(semua jemaah gelak..~_~)..saya rasa hari itu puasa saya paling kurang pahalanya..pastu dia pun mengadu lah masalah dia


Puan wanita : Encik,saya kawen kat siam.saya tak daftar dekat sini.sekarang anak2 saya nak buat apa2 pun susah..macam mana ni encik?


Encik Ustaz : sepatutnya puan kena daftar.......puan nikah dekat sana macam mana?lengkap ke rukun nikahnya??


Puan Wanita : Encik tak tahu perkahwinan saya sah ataupun tidak, tapi Tuhan tahu yang perkahwinan saya sah!!(nada agak marah katanya)


Encik Ustaz : Puan tahu tak rukun nikah?


Puan wanita : tahu lah!


Encik Ustaz : rukun nikah ada berapa puan?


Puan wanita : alahh..lupa dah lah...(inilah manusia..tak pernah nak mengaku kelemahan diri)..
Puan wanita : Encik jangan ingat saya takut dengan encik.saya tak takut dengan encik,tapi saya takut dengan Tuhan!!saya tahu encik tak suka dengan saya..saya tengok cara encik pandang saya tu pun saya tahu....


Encik Ustaz : Puan takut dengan tuhan, tapi kenapa buka aurat?Puan tahu hukum menjaga aurat?


Puan Wanita : owh..yang tu hal peribadi..itu hal saya,bukan hal Encik.


Encik Ustaz : memang hal puan, tapi saya ni yang TERGANGGU..


Puan Wanita : itu maknanya IMAN Encik ni LEMAHHH....ni kan bulan puasa,syaitan di belenggu..tapi Encik masih terganggu..IMAN lemah la tu.......
sekadar hiasan
Ustaz terkedu mendengar kata2 Puan wanita tersebut..ustaz berkata dalam hati "memang lah syaitan dibelenggu,tapi masalahnya awak tu yang jadi syaitan"(semua jemaah gelak..~_~)




Itulah kisahnya..
sebenarnya perasaan saya bercampur baur..
SUKA kerana bunyinya agak lawak..
SEDIH dengan kerenah Makcik tersebut..
dan KECEWA..
kecewa dengan diri sendiri..
masih jauh perjalananku, sedangkan hidupku begitu singkat di dunia ini....
moga kan ku temui sinaran dalam kesamaran ini..


YA ALLAH..bimbinglah selalu langkah ini, agar selalu ia menapak di jalanMu yang lurus..Aameen..


~ HARAPAN YANG SATU ~

Wassalam..

Wednesday, August 24, 2011

KaD RayA UnTUk sEmuA..



Assalamualaikum..

Hari ini saya telah 'mendedikasikan' kad raya kepada kenalan2 saya yang ada di 'dunia' 'bukumuka'..raya pun dah tak lama, jadi saya ambil keputusan untuk kasi kad ucapan tu pada semua yang terlibat..kalau nak kasi yang ori, tak termampu rasanya nak hantar pada semua.Jadi, saya cuba manfaatkan kecanggihan yang ada pada zaman ni sebaik mungkin..~_~

Lagi pun BB saya ni pun dapat guna 2 hari je, esok Cik Kawan nak pinjam..tak tau bila lagi ada kesempatan untuk menTAG kad raya tu..Cik Kawan ada banyak tugasan yang perlu disiapkan,jadi dia perlu mencari banyak maklumat pada Encik Internet..tak rugi berkorban untuk kawan kan..dia lebih memerlukan BB ni berbanding saya..saya ni LAGHO je lebih..Haishh....(sedarlah wahai ERNA!!)

Alhamdulillah....7 kad telah berjaya saya create kan..1 tambahan edited daripada yang asal..jadi semua sekali ada 8 kad..ambil masa dalam 4-5 hari juga nak buat semua tu..tapi tidak bermakna 24 hours spend my time untuk buat kad itu sahaja..Oh,tidak sama sekali..bila2 saya kebosanan, dan saya rasa dah settle semua kerja baru lah saya 'mengkreatifkan' diri ni..~_~

Terasa keterujaan yang amat bila nak create satu persatu kad ni..Edit2 je sebenarnya..'pinjam' gambar dari Encik Google, pastu potong sana potong sini..tulis sana tulis sini..Then siappppp!!..~_~

Kad ni biasa2 sahaja..tak seberapa pun..tapi saya buat dengan sepenuh hati buat mereka2 yang teristimewa..~_~

Fisrt sekali yang berwarna hijau ni adalah 
khas buat warga pendidik yang pernah mendidik saya 
dari sekolah rendah sehinggalah saya berada di menara gading sekarang..



seterusnya..
Khas buat classmate saya semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Gelanggi 02..5 SAINS 2007


seterusnya..
Ini pula buat kenalan semasa sekolah rendah,sekolah menengah, KMPP and UPM


seterusnya..
Kad ni khas buat roomate saya semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..warga bilik B5.4.6..:)


seterusnya..
Khas buat roomate saya di UPM..warga L4 305 Kolej 12..~_~


seterusnya..
Khas buat classmate saya, bakal2 cikgu SAINS RUMAH TANGGA..


seterusnya..
Ini pula khas buat teman2 baik saya..


dan yang terakhir
~ Khas buat seorang insan ~


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
Maaf Zahir dan Batin..~_~

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...