Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 26, 2011

'AkU seBaTaNg ROKOK..'


Assalamualaikum..


Aku hanya sebatang rokok..hidupku cukup indah..aku di buat dikilang,di jual dan dijadikan teman hidup manusia2 yang ‘istimewa’..tidak mahu kupersoalkan tentang keburukan aku pada kesihatan mereka2 ni, apatah lagi nak menceritakan pasal hukum dari segi agama..sebab aku yakin, mereka semua tahu akan semua itu..so siapa aku nak halang2 mereka,apa aku kisah!!yang penting aku menjadikan hidup mereka ‘nikmat’ sekali..


Nikmat nikmat jugak..tapi…tidakkah mereka sedar bahawa aku mungkin menjadi punca kematian mereka??sememangnya ajal maut ditangan Allah, tapi kenapa mereka2 ni dengan sengaja bermain dengan ajal mereka..secara tak langsung mereka mahu ‘membunuh diri’..Alangkah malangnya apabila orang lain juga menjadi mangsanya..uish!!kejam tu…......

mereka punya kerenah, aku jugak yang dapat nama.

’ROKOK MEMBUNUH’..

eh!!you suppose say

 “PEROKOK PEMBUNUH”..

haaa..baru lah betul..

Wahai manusia..ketahuilah kisah benar ini


Adakah ‘aku sebatang rokok’ puncanya??terpulang pada pandangan masing2

Bagi yang sudah berkahwin, mungkin ini yang akan mereka katakan


YES!!you can said it!!but remember this…Allah menguji hamba2NYA dengan pelbagai cara.lihat lah disekelilingmu,pasti ada yang ‘teruji’ akibat daripada tabiatmu itu..mungkin isterimu,anak2mu,ibu bapa mu atau insan2 lain yang berkenaan denganmu

Bagi si bujang…fikir2kan dan renung2kan masa depan anda..

Oh!!terlupa pula..nama pun manusia..manakan mahu tersedar selagi tidak ‘terhantuk’ kepalanya..

Jika dipandang dari segala sudut, apa adanya pada ‘aku sebatang rokok’..
duit hangus, kesihatan terancam, dosa…????emmmm….apa yang ada??

??????????????????
"OH..TIDAK SAMA SEKALI"..~_~

DUIT..??

kalau sehari sekotak,and harga sekotak dalam RM??ntah..'aku sebatang rokok' pun tak tahu berapa harganya..mungkin dalam RM10..RM10 x 30 hari =??..RM300..wah!!tu kalau bagi mak ayah tu confirm bangga diorang..rezeki pun insyaAllah berkat..so, tak ada lah nak keluh kesah gaji tak cukup or what ever kan..


 KESIHATAN..??


Sure lah effect sangat!!paru2 rosak..otak pun rosak..kesuburan rosak..apa lagi yang mereka nak suruh aku rosakkan??cakap jerr..tak de hal lah bagi aku kalau bab2 merosakkan manusia nih..dah memang kerja aku pun..kat kotak aku pun dah terang2 gambar effect daripada tabiat merokok..keguguran, barah paru2, sakit jantung, macam2 lah..tapi ada mereka kisah??tak ada maknanya..takkan mereka nak tunggu ayat ni ada pada kotak aku

“AWAS!!jika anda merokok, nyawa anda akan dicabut oleh Izrail sebentar lagi”..emm..

Yes!!tak dapat dinafikan ramai yang ‘cuba’ nak ‘clash’ dengan aku..aku ikhlas lepaskan mereka, tapi mereka sendiri tak ikhlas untuk lepaskan aku..so,macam mana kami nak berpisah kalau macam tu..aku pun sebenarnya suka sangat mereka2 ni berpisah dengan aku sebab aku kesian pada mereka walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tak kesiankan diri mereka.


Actually ada jalannya..Cuma mahu atau pun tidak.pilihan ditangan sendiri!!..zaman sekarang ni macam2 adaaaa..berbagai jenis produk di jual untuk pisahkan manusia dengan aku..nak seribu daya,tak nak??berjuta dalih...

BERHENTI MEROKOK it doesn’t mean you kena berhenti serta merta..yang perlu ada serta merta adalah NIAT..!!and after that disusuli dengan tindakan2 yang sewajarnya..kalau berhenti serta merta ia juga boleh memberi risiko untuk mendapat STROK..(information yang tuan blog ni dapat hasil bacaannya di majalah)..so,slow slow laaaa…


mungkin selalunya sehari 20 batang..so mulakan dengan tolak satu persatu hari demi hari..esok 19 batang..lusa 18 batang..mungkin hari yang seterusnya tak dapat tolak 1 pun, still 18 batang..it’s ok..at least you tak tambah!!!maintain………….then cuba lagi tolak satu persatu..insyaAllah boleh………tapi DOA jangan lupa.. kita usaha, kita berdoa dan seterusnya kita berserah padaNYA agar diberi kesempatan untuk hidup dengan lebih AMAN tanpa ‘aku sebatang rokok’..


“Wahai manusia..jangan tinggalkan ‘aku sebatang rokok’ demi manusia lain kerana bimbangnya ia hanya sementara..tapi tinggalkan lah aku kerana sayangnya kau pada diri sendiri dan takutnya kau pada pemilikMU..janganlah dianiaya dan disia2kan pinjamanNYA yang sementara itu..sedarlah..insyaAllah kau akan lebih kuat untuk melawan keinginanmu untuk ‘berkawan’ denganku..aku tidak membunuh, tapi kau mungkin akan jadi PEMBUNUH”




Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...