Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 2, 2012

Ketenangan dalam Kebahagiaan




 Mungkin semua yang telah berlaku tak mudah untuk ku hadapi , kerna aku perlu laluinya dengan bersusah payah..mungkin sehingga perlu berpenat lelah..Tapi aku perlu REDHA..sungguh ! aku redha..bukan mahu berkeluh kesah , apatah lagi untuk terus menjadi lemah..walau ada masa perasaan yang bercampur baur menjengah hati dan jiwa dan mengganggu ketenteramannya lalu menerbitkan kegusaran dan kesakitan..sedangkan yang ku inginkan adalah  
KETENANGAN DALAM KEBAHAGIAAN..

Aku berusaha ! ya ! akan aku berusaha untuk menahan diri dan melawan perasaan ku ini..

jika tidak, sampai bila2 pun aku kan terus begini..meratapi kekecewaan yang di alami..
Sungguh ku tak mahu..aku juga ingin kan BAHAGIA..

Kerna ku tahu..bahawa semua orang di dunia ini di uji..



Ada orang di uji dengan CINTA ,
Ada orang di uji dengan KELUARGA ,
Ada orang di uji dengan KERJA ,
Ada orang di uji dengan HARTA ,
Ada orang di uji dengan AGAMA..

Betapa perlu aku bersyukur selagi mana diri ku masih di uji , kerana itu tandanya ALLAH masih PEDULI , dan DIA masih mengasihi.. Mungkin ujian itu datang sebagai peringatan buat hamba-Nya yang selalu lupa diri ini dan mungkin juga untuk meneguh kan IMAN di dalam hati..Allahurabbi.......

Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..


No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...