Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 26, 2012

Perjuangan Suci, Keredhaan Ilahi



Happy !! Gumbira !! Ceria !! Tersenyum Bahagia !! 
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!

Masa tengah makan malam, tiba2 bunyi mesej masuk..
daripada --> Kak Dayah Usrah..:)

"Dr Mursi menang di Mesir ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Semoga ada sinar baru akan muncul ya Allah..Alhamdulillah.."

** ops ! dapat mesej baru tau? hee..bukan tak ambil tahu tentang pilihan raya di Mesir sebelum ni tauuu..cuma kali ni lambat update tentang pekembangan mengenai hal ni..maklumlah, dah kurang tengok TV sekarang ni..

Lepas je dapat mesej tu, bergenang2 rasanya mata ni..berbunga2 hati ni..syukur tak terhingga padamu Ya Allah........:')

Alhamdulillah..atas limpah berkat dari Allah, kemenangan itu milik umat Islam. Dr. Muhammad Mursi, merupakan calon Parti Keadilan dan Kebebasan (Hizb Al-Huriyyah wal 'Adalah) kelolaan Ikwanul Muslimin yang telah pon diumumkan sebagai Presiden Mesir yang baru. Kemenangan yang cukup bermakna ini bukan sahaja bermakna kemenangan buat rakyat Mesir tetapi kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia..

Menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim dan umat Islam yang sedar untuk sama-sama menyokong perjuangan suci Ikhwanul Muslimin yang inginkan Islam kembali semula tertegak di atas muka bumi Allah..:')

Dr Mursi pemimpin yang menghafal 30 juzuk Al-Quran..Subhanallah..
Dengan pantas dan tuntas terus je update status FB..wink3 !! ^_^  siyes !! memang excited sangat masa tu..nak share dengan semua orang mengenai hal ni...sebab ia bukan tentang mereka dan negara mereka, tapi tentang mereka, kita dan agama kita Islam..
K.I.T.A..Ya !! KITA..


Dan seorang sahabat telah pun meninggalkn commentnya..^_^
seronok tau bila kita ada kawan2 yang sefikrah dengan kita ni..kan3..:)

ni lah kata2 sahabat saya tu..
"Alhamdulillah,Malam ini, SPR Mesir Mengesahkan kemenangan Dr Muhammad Mursi dari FJP (calon ikhwan Muslimin ) . Kemenangan ikhwan Muslim memberi sinar baru perjuangan Islam, kemenangan ini juga memberi sinar kepada Palestine, bumi umat Islam yang di jajah sekian lama. Namun ia baru permulaan, banyak lagi cabaran dan harapan yang bukan sahaja mereka, juga tanggungjawab kita untuk memastikan Islam yang memberi keadilan untuk semua Menang."

WE LOVE..WE CARE..
 Aamiin..mudah2an..semoga semuanya akan terbela dengan bangkitnya Pemimpin Islam yang benar2 memegang al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya..menurut sumber2 yang saya baca, Dr Mursi ni merupakan Pemimpin ke2 yang menghafal 30 Juzuk al-Quran selepas Pemimpin Palestin..Subhanallah.....Alhamdulillah...yang ni barulah betul2 pemimpin yang BERWIBAWA...:')

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3] 
Apakah akan ada Sultan Muhamad al-Fateh yang ke2..??
Harapan yang sama di harapkan untuk negaraku ini..semoga suatu hari nanti ISLAM akan tertegak dengan teguh dan kukuh di negara ku ini dengan adanya pemimpin2 yang benar2 mengamalkan ISLAM (al-Quran dan Sunnah) di setiap perkara yang di lakukan..InsyaAllah..

Barakallah..Barakallah..Barakallah..

No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...