Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 1, 2012

YATIM tanpa CINTA..??


Aku belajar dari kehidupan..Bagiku, hari2ku penuh pengalaman dan pengajaran..Aku tak berjalan KOSONG ! Aku kutip setiap pengajaran2 yang kuperolehi sepanjang perjalanan kehidupanku..buat bekalan di kemudian hari..Moga yang silap, diperbetulkan dan tidak terulang lagi..Yang TERlupa, diingatkan..Yang jahil, kembali BERIMAN..

Alhamdulillah, ALLAH izinkan aku untuk SEDAR !! Baru2 ini aku telah belajar sesuatu daripada seorang anak yatim yang sangat dekatttttttt denganku..:')

Dia..seorang Hamba ALLAH yang berumur 18 tahun..sejak usianya setahun, dia tak pernah kenal apa ertinya hidup bersama insan yang bergelar AYAH ! BAPA ! PAPA ! ABI ! dan sewaktu dengannya..ayahnya telah kembali ke rahmatullah  setelah terbabit dengan kemalangan jalanraya 17 tahun yang lalu..sejak dari itu, yatimlah dia..diduga pula dengan sikap IBU nya yang tidak mengendahkan akan kewujudan dia di muka bumi ini, dia benar2 seorang insan yang keseorangan, yang DAHAGAKAN KASIH SAYANG..



Tapi aku melihat dia..dia tersangat menghargai CINTA dan KASIH SAYANG orang2 disekelilingnya walaupun dia tidak punya sesiapa dalam keluarga terdekatnya..Tapi kebanyakkan dari kita yang punya segalanya pula MEYATIMKAN diri sendiri kerana tak tahu menghargainya..

Ibu Ayah, adik beradik, sahabat, sanak saudara, jiran tetangga, dan yang utama..ALLAH dan RASULULLAH..itu semua sumber CINTA dan KASIH SAYANG..Subhanallah !! Banyaknya CINTA...Banyak juga BAHAGIA !! ^_^ 



Kesilapan kita apabila kita terlalu MENYEMPITKAN istilah CINTA itu hanya tentang 'Aku dan dirimu' sahaja..dan bagiku itulah yg paling yatim mungkin! (mungkin bukan bagi kamu dan kamu, tapi bagiku) :'(


Cinta 'muda mudi' ?
Berpegang dengan penuh keyakinan diatas takdirNya..Tidak sesekali aku menolak atau menafikan keperluannya kerana ku tahu, CINTA itu FITRAH, NIKAH itu SUNNAH dan itu juga IBADAH..dan yang HALAL itu paling INDAH..:)


Ayuh !! kita nikmati erti BAHAGIA yang sebenar..CINTA dan KASIH lah semuanya, barulah betul2 BAHAGIA hidup kita..hati pun senang, fikiran pun tenang ! ♥♥♥ ^_^ Subhanallah !

Barakallah.. Barakallah..Barakallah..



No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...