Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 10, 2012

Kesilapan diperbetulkan, Perjuangan Diteruskan..


Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi dgn izinNya nafas ini masih miliku..masih diberi peluang untuk merasai nikmat dunia yang fana ini..moga hari2 ku di berkati dan diredhai..:)

Bermula esok, 11hb Jun 2012..
akan bermula lah perjuanganku dalam medan peperiksaan..




persiapan ku?Alhamdulillah..lebih baik daripada sebelum ini..
tidak mahu lagi ku mengulangi kesilapan ku pada semester lepas..
aku lalai..aku JAUH dari diriku yang dulu..
aku kehilangan langkah..aku tersasar dari cara ku dulu...I'M LOST !!
3 paper ku laluinya dengan penuh kelalaian..banyak perkara yang bermain di mindaku sehingga buat aku lupa tugasku sebagai seorang pelajar ketika itu..
YA!! aku lupa..!! aku alpa !! aku lalai..dan akhirnya aku diberikan TEGURAN dari TUHAN..



Namun, aku bersyukur..dengan kesilapan ku itu aku menemui kegagalan yang akhirnya membangkitkan aku dan memberi kesedaran untuk ku meneruskan kehidupan..dan moga2 kali ini ku kan perolehi kembali kejayaan..InsyaAllah..:)

tiada siapa yg harus ku persalahkan, melainkan diri aku sendiri..



Aku tetap bersyukur pada Ilahi, dengan izinNya aku dapat bertemu dengan insan2 yg membawa seribu makna dalam kehidupanku walau terlalu pantas semuanya berlalu..walau ia penuh keperitan, tapi hikmahnya berpanjangan..Alhamdulillah.......
mungkin ku tak miliki apa yang ku mahu, tapi Allah telah berikan segalanya yang ku perlu..

SUBHANALLAH..:')

Andai dapat ku undurkan masa, ingin sekali aku membetulkan segala kesilapan..namun inilah takdir Tuhan..inilah suratan sebuah kehidupan..


kini, aku sudah mampu tersenyum dalam kebahagiaan..segala kesilapan aku jadikan pengajaran..moga aku diberi kesempatan oleh Tuhan, untuk perolehi keredhanNya dalam kebahagiaan ku ini..

Barakallah..Barakallah..Barakallah..


No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...