Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

pabila MAK NYAH di 'HALAL' kan..!!..




Assalamualaikum..

emm...macam mana nak mulakan yek?dah lame tak menulis ni.huhu.sekarang musim kesibukan yang keterlampauan kesangatan. dengan ujian lagi, dengan assignment bertimbun2..hurmm..ni la kannnnn.....tanggungjawab sebagai pelajar.

actually banyak perkara yang ingin di kongsikan bersama. tapi saya akan story part by part ye..

baru ni saya ikut roomate kesayangan saya a.k.a MAKCIK AUNI pergi rombongan ke MUZIUM NEGARA and 1 tempat lagi yg perlu di rahsiakan namanya. tempat tu tersangat lah SOSIAL!!..HIGH CLASS n HIGH SOSIAL!!(actually tak sangka pun kena pergi tempat yang sebegitu).


story about MUZIUM NEGARA nanti saya ceritakan pada part seterusnya ye..sekarang saya nak cerita tentang sesuatu yang sangat 'menarik' yang mampu membuat kita2 yang beragama ISLAM menggigil 1 badan menahan rasa marah!!!!
pada hari tersebut, saya di pertontonkan tentang banyak kisah..tapi ada 1 kisah yang betul2 menarik perhatian saya walaupun pada ketika itu saya dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat buat dek keletihan berjalan seharian.

atas sebab2 tertentu, saya terpaksa merahsiakan tempat dan event apa yang saya pergi pada ketika ini. yang penting adalah saya ingin berkongsi 'isi kandungannya'..~_~

>PART 1<

bace...hayati..dan fahami...THIS IS TRUE STORY..THIS IS HIS STORY




"nama saya XXX. di sini saya ingin mengaku bahawa saya adalah seorang mak nyah. saya sedih kerana komuniti2 mak nyah selalu di tindas! di ejek!saya datang dari keluarga susah. semasa saya berumur 15 tahun, saya berhenti belajar dan mula mencari kerja di 'LORONG2' untuk membantu keluarga.(sambil membuat muka konon2 sedih)..di sini saya ingin mengaku bahawa pada tahun XXXX, saya telah di tangkap sebanyak 4 kali oleh JABATAN AGAMA ISLAM. kali terakhir saya di tangkap ialah semasa saya berada di 'LORONG' . tiba2 sahaja jabatan agama datang membuat serbuan. saya melarikan diri dan menyorok di dalam stor. tapi malangnya pegawai jabatan agama dapat menghidu saya. saya di ugut untuk keluar dari stor tersebut, jika tidak mereka akan memecahkan pintu stor itu. SAYA TAKUTTT..(sambil menangis dan membuat muka GEDIK yang teramat!) apabila saya keluar dari stor tersebut, saya di cekik dan di belasah sehingga lembik. (menangis dan terus menangis)..saya di bawa ke pejabat agama islam. semasa saya di sana, para pegawai MEMAKSA saya menukar pakaian saya di hadapan mereka..IA SANGAT MEMALUKANNNNN..(sambil menutup dadanya dan menangis)..sampai bila kami harus DITINDAS???!!...jadi....di sini saya ingin merayu supaya anda semua tidak menindas lagi komuniti2 mak nyah seperti kami.."(yang juga bermaksud supaya MENYOKONG gejala MAKYAH tersebut)...


*kisah ini telah di pendekkan dan di ringkaskan.

sejurus selepas itu, ramailah para2 hadirin yang 'ZERO' menepuk tangan di atas ucapan JANTAN tersebut..semuanya kelihatan RESPECT n BERBANGGA dengan apa yang JANTAN tersebut lakukan. padahal majoriti di situ adalah seagama denganku. 

Alhamdulillah...saya dan kawan2 yang lain bukan di dalam kalangan mereka. Alhamdulillah kami masih di lindungi. satu badan terketar2 menahan rasa marah melihat LAKONAN DUNIAWI mereka semua. tangan ini juga terasa begitu TERUJA untuk MENEPUK TANGAN, tapi menepuk tangan untuk MENAMPAR jantan tersebut!tapi..tapi dan tapi....apakan daya.di sebalik semua itu ada 'big bossnya'.


Hanya mampu berdoa agar mereka dapat mengenal siapa diri mereka di atas muka bumi ini yang sebenarnya. semoga kita sama2 di jauhkan dari segala kejahilan. 


to be continue.............~_~

Wednesday, January 26, 2011

PerkahwiNan iTu MENAKUTKAN..??



Assalamualaikum..


hari ni si gadis ini ingin meluahkan perasaan tentang apa yang terbuku di hati mengenai sebuah PERKAHWINAN. saya?hanya insan biasa yang sentiasa inginkan kebahagiaan di dunia ini, dan mengharapkan perolehi kebahagiaan di akhirat juga. sebagai insan yang normal, tidak lari dari berperasaan untuk membina mahligai bahagia seperti orang lain. semestinya semua orang inginkan begitu bukan?


tapi...tapi..dan tapi.......
bila tengok di sekeliling kita ini,tidak kiralah dari surat khabar, TV, radio, internet, dan yang paling memberi kesan apabila terjadi kepada orang2 yang terdekat dengan kita. macam2 hal yang berlaku mengenai perkahwinan. macam2 masalah yang timbul sehinggakan perasaan 'takut' menyelubungi diri.

di tambahkan lagi dengan kata2 seperti...
"alah..kau tak payah kawen.....nyusahkan hidup je!!"
"kau jangan kawen...nanti kau menyesal....."
"kau ingat kalau kau kawen tu laki kau nak sayang kau 24 jam???!!"
"alah...masa bercinta ni boleh lah nak macam2. nanti dah kawen tak de maknanye laki kau nak hadap muka kau tu....."
"kawen ni mule2 je indah....lau dah lame..hurmmm..hampehhh!!"


cukup??puas??puas dah menakut2kan anak2 gadis seperti kami2 ni?ye!!memang anda bercakap dari pengalaman, alasan anda.."kami makan GARAM dulu....".tak dapat di nafikan dengan segala apa yang anda katakan itu, tapi pernah tak terfikir kenapa semua itu terjadi?


kalau semua LELAKI ni SAMA, macam mana boleh ada kes pasal isteri SAMSENG?pasal suami di pukul dengan kuali?pasal suami di tinggalkan bersama anak2 sebab isteri lari bersama kekasih!?tak semua LAKI sama.....dan..dan..dan...tak semua PEREMPUAN juga sama..sebab itu ade kes isteri di simbah cuka getah, di belasah dan macam2 lagi..itu bermakna wanita2 itu baik,thats why diorang tak melawan dan boleh bertahan dengan lelaki2 DURJANA itu!!yang pasti, semua ORANG berbeza............



tak salah nak menasihat dan mengingatkan tapi jangan lah sampai menakut2kan orang seperti kami ini. kenapa tidak DOAkan perkara yang baik2. bagi nasihat, bagi pandangan dan berikan tunjuk ajar yang sewajarnya. tapi jangan lah bagi kata2 MAUT yang boleh menggusarkan kami semua. lain orang lain cara, saya tak mengatakan semua orang yang telah berkahwin adalah seperti ini. TIDAK SAMA SEKALI!!!saya tujukan pada mereka2 yang sememangnya seperti ini. 'sapa makan nasi, dia lah yang akan keyang'..

semua orang inginkan KEBAHAGIAAN di dalam kehidupannya terutama dalam sesebuah perkahwinan. siapa yang mahu rumah tangganya bergolak??kucar kacir??bercerai berai??siapa yang mahu?!tapi kadang2 apa yang berlaku mudah sangat nak menunding jari kepada orang lain. dan yang menjadi mangsanya siapa?


KETAHUILAH....

>>Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.<<



jadi,marilah kita sama2 mendoakan yang TERBAIK untuk kehidupan kita samaada yang sudah berumahtangga mahupun yang bakal berumah tangga. semoga rumah tangga yang di bina di berkati oleh Allah SWT dan diberikanNYA kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
sesungguhnya saya hanya BUDAK BARU BELAJAR yang masih ingin belajar segala ilmu yang ada di muka bumi ini yang membawa kebaikkan kepada saya. tunjukkan saya jika saya salah. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
wassalam
*teringat dekat kawan sekolah..TIKAH n RIZAL yang bercinta dari zaman sekolah lagi. akhirnya kejinjang pelamin jugak diorang. kalau tak silap bulan lepas diorang kawen. SELAMAT PENGANTIN BARU untuk mereka berdua. walaupun kawen mude,hope diorang boleh carry on their life forever.semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin.......~_~


korang memang sweet!!~_~
pasni giliran siapa pulak??ngeh3



Monday, January 24, 2011

SebUah PenYesaLan

Assalamualaikum..

benarlah kata orang..
"terlajak PERAHU boleh di undur, terlajak KATA badan binasa"


jika kata-kata diluahkan tanpa berfikir terlebih dahulu, inilah yang akan terjadi.
Allah kurniakan akal fikiran supaya kita dapat berfikir dengan sebaiknya,tapi kenapa diri ini masih tidak dapat menggunakan nikmat tersebut sebaiknya??
YA ALLAH.......................


"Sebuah penyesalan, walaupun hanya penyesalan yang kecil 
tetap akan menusuk ke dalam perasaan, apatah lagi yang besar"




diri ini hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan KESILAPAN.
alangkah ruginya hidupku jika mengulangi kesilapan yang sama.
apa yang telah berlaku akan di jadikan PENGAJARAN yang cukup bermakna dalam hidup ini.
semoga kesilapan yang dilakukan tidak akan berulang kembali.
InsyaAllah...

YuMmyy!!.. saRapaN BarAt - SANDWICHES

Assalamualaikum..

mata sudah mintak untuk ditutup,badan sudah minta untuk di baringkan tapi otak meminta untuk mengSHAREkan sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. penat sangat hari ni buat dek asignment2 yang bertimbun tu. tapi tak pe lah, hadap je lah yek..~_~

so..hari ni saya nak sharekan sesuatu yang baru sahaja saya pelajari dalam kelas masakan pada hari jumaat lepas. tapi sebelum tu,suka saya nak katakan bahawa saya BUDAK BARU BELAJAR, jadi saya hanya kongsikan apa yang saya tahu. bagi yang dah expert dengan semua ni mungkin menganggap semua ini biasa sahaja.huhu.~_~

SANDWICHES!!!apa yang anda tahu tentang sandwich??adakah ia sekadar roti yang di makan bersama sardin ataupun tuna?adakah ia sukar disediakan?adakah ia hanya sesuai untuk di makan oleh orang2 barat sahaja. maklumlah...perut kita kan perut nasi lemak. tak gitu?huhu

let me show 3 jenis sandwich yang MENARIK yang boleh kita sediakan untuk sarapan pagi. tak kan nak buat sandwich sardin kosong jer............tak special langsung kan?huhu.
so,anda boleh lah kalau nak mencuba ini.
.
.
.
SANDWICH TUNA

klik untuk tumbesaran
Cara Penyediaan :-
1)  sediakan roti (tak kiralah roti apa pun) dan sapukan marjerin pada roti
2) sebatikan tuna dan mayonis (1 tbsp @ agak2 je la)..huhu
3) masukkan lada sulah
4) letakkan tuna, timun dan tomato pada roti
4) hias dan hidangkan

inilah hasilnya
next!!
........................................................................

SANDWICH DOUBLE DECKER

klik untuk tumbesaran yg sihat
Cara penyediaan :-
1) sediakan 8 keping roti. 4 keping untuk 1 hidangan.
2) kacau sebati  2 biji telur (rebus) dan mayonis (1 tbsp) ke dalam mangkuk
3) sagat lobak merah dan kacau bersama mayonis (1 tbsp) ke dalam mangkuk lain
4) letakkan inti telur, timun dan tomato pada kepingan roti pertama.
5) lapikkan roti kemudian letak inti lobak.
6) ulang langkah 3 dan 4 sehingga roti habis..(biar tinggi2 macam KLCC)..~_~

jeng..jeng..jeng.......

yummy!!!siap ade smily lagi tu!!huhu
last one!!
..........................................................................

BURGER DAGING

klik lagi..
Cara penyediaan :-
1) sediakan 2 keping ban burger
2) gaul sebati daging cincang, serbuk roti, telur(dipukul terlebih dahulu) , bawang merah(4 biji di kisar) dan bawang putih(2 biji di kisar).
3) masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
4) bahagikan adunan kepada 2 bahagian
5) bentukkan daging burger(mengikut kreativiti) dan goreng sehingga masak
6) belah bun burger dan sapu marjerin
7) letak hirisan timun, tomato serta daging burger di atas bun .
8) letakkan sekeping keju di atas daging burger
9) letakkan bun yang 1 lagi sebagai penutup.

tarrrraaaa...!!!!
.
.
menarik tak??limau pun boleh 'masuk campur' ke?haha.terlebih kreatif!
tak kan makan je kotttt..kalau tercekik macam mana??
haaaa...jangan risua.ini ada


fresh orange yg tersangatlah FRESH!!!
dan hasil keseluruhannya




haa..itu lah yang ingin saya kongsikan bersama.semoga anda yang berminat boleh lah mencuba untuk sediakannya. hidangan ini adalah untuk di makan 2 orang sahaja, kalau nak buat untuk orang yang ramai,kena lah tambah kuantiti bahannya. lepas ini banyak lagi yang ingin saya kongsikan. tungguuuu.......>_<

* sambil2 sediakan hidangan ni duk berangan.."bestnye kalau ada anak.boleh sediakan untuk diorang"..huhu







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...