Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 24, 2011

YuMmyy!!.. saRapaN BarAt - SANDWICHES

Assalamualaikum..

mata sudah mintak untuk ditutup,badan sudah minta untuk di baringkan tapi otak meminta untuk mengSHAREkan sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. penat sangat hari ni buat dek asignment2 yang bertimbun tu. tapi tak pe lah, hadap je lah yek..~_~

so..hari ni saya nak sharekan sesuatu yang baru sahaja saya pelajari dalam kelas masakan pada hari jumaat lepas. tapi sebelum tu,suka saya nak katakan bahawa saya BUDAK BARU BELAJAR, jadi saya hanya kongsikan apa yang saya tahu. bagi yang dah expert dengan semua ni mungkin menganggap semua ini biasa sahaja.huhu.~_~

SANDWICHES!!!apa yang anda tahu tentang sandwich??adakah ia sekadar roti yang di makan bersama sardin ataupun tuna?adakah ia sukar disediakan?adakah ia hanya sesuai untuk di makan oleh orang2 barat sahaja. maklumlah...perut kita kan perut nasi lemak. tak gitu?huhu

let me show 3 jenis sandwich yang MENARIK yang boleh kita sediakan untuk sarapan pagi. tak kan nak buat sandwich sardin kosong jer............tak special langsung kan?huhu.
so,anda boleh lah kalau nak mencuba ini.
.
.
.
SANDWICH TUNA

klik untuk tumbesaran
Cara Penyediaan :-
1)  sediakan roti (tak kiralah roti apa pun) dan sapukan marjerin pada roti
2) sebatikan tuna dan mayonis (1 tbsp @ agak2 je la)..huhu
3) masukkan lada sulah
4) letakkan tuna, timun dan tomato pada roti
4) hias dan hidangkan

inilah hasilnya
next!!
........................................................................

SANDWICH DOUBLE DECKER

klik untuk tumbesaran yg sihat
Cara penyediaan :-
1) sediakan 8 keping roti. 4 keping untuk 1 hidangan.
2) kacau sebati  2 biji telur (rebus) dan mayonis (1 tbsp) ke dalam mangkuk
3) sagat lobak merah dan kacau bersama mayonis (1 tbsp) ke dalam mangkuk lain
4) letakkan inti telur, timun dan tomato pada kepingan roti pertama.
5) lapikkan roti kemudian letak inti lobak.
6) ulang langkah 3 dan 4 sehingga roti habis..(biar tinggi2 macam KLCC)..~_~

jeng..jeng..jeng.......

yummy!!!siap ade smily lagi tu!!huhu
last one!!
..........................................................................

BURGER DAGING

klik lagi..
Cara penyediaan :-
1) sediakan 2 keping ban burger
2) gaul sebati daging cincang, serbuk roti, telur(dipukul terlebih dahulu) , bawang merah(4 biji di kisar) dan bawang putih(2 biji di kisar).
3) masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
4) bahagikan adunan kepada 2 bahagian
5) bentukkan daging burger(mengikut kreativiti) dan goreng sehingga masak
6) belah bun burger dan sapu marjerin
7) letak hirisan timun, tomato serta daging burger di atas bun .
8) letakkan sekeping keju di atas daging burger
9) letakkan bun yang 1 lagi sebagai penutup.

tarrrraaaa...!!!!
.
.
menarik tak??limau pun boleh 'masuk campur' ke?haha.terlebih kreatif!
tak kan makan je kotttt..kalau tercekik macam mana??
haaaa...jangan risua.ini ada


fresh orange yg tersangatlah FRESH!!!
dan hasil keseluruhannya




haa..itu lah yang ingin saya kongsikan bersama.semoga anda yang berminat boleh lah mencuba untuk sediakannya. hidangan ini adalah untuk di makan 2 orang sahaja, kalau nak buat untuk orang yang ramai,kena lah tambah kuantiti bahannya. lepas ini banyak lagi yang ingin saya kongsikan. tungguuuu.......>_<

* sambil2 sediakan hidangan ni duk berangan.."bestnye kalau ada anak.boleh sediakan untuk diorang"..huhu







1 comment:

  1. hehe..bagusnya erna..pasni boleh la buatkan breakfast utk akak..=p
    -kak anis-

    ReplyDelete

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...