Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 1, 2012

YATIM tanpa CINTA..??


Aku belajar dari kehidupan..Bagiku, hari2ku penuh pengalaman dan pengajaran..Aku tak berjalan KOSONG ! Aku kutip setiap pengajaran2 yang kuperolehi sepanjang perjalanan kehidupanku..buat bekalan di kemudian hari..Moga yang silap, diperbetulkan dan tidak terulang lagi..Yang TERlupa, diingatkan..Yang jahil, kembali BERIMAN..

Alhamdulillah, ALLAH izinkan aku untuk SEDAR !! Baru2 ini aku telah belajar sesuatu daripada seorang anak yatim yang sangat dekatttttttt denganku..:')

Dia..seorang Hamba ALLAH yang berumur 18 tahun..sejak usianya setahun, dia tak pernah kenal apa ertinya hidup bersama insan yang bergelar AYAH ! BAPA ! PAPA ! ABI ! dan sewaktu dengannya..ayahnya telah kembali ke rahmatullah  setelah terbabit dengan kemalangan jalanraya 17 tahun yang lalu..sejak dari itu, yatimlah dia..diduga pula dengan sikap IBU nya yang tidak mengendahkan akan kewujudan dia di muka bumi ini, dia benar2 seorang insan yang keseorangan, yang DAHAGAKAN KASIH SAYANG..



Tapi aku melihat dia..dia tersangat menghargai CINTA dan KASIH SAYANG orang2 disekelilingnya walaupun dia tidak punya sesiapa dalam keluarga terdekatnya..Tapi kebanyakkan dari kita yang punya segalanya pula MEYATIMKAN diri sendiri kerana tak tahu menghargainya..

Ibu Ayah, adik beradik, sahabat, sanak saudara, jiran tetangga, dan yang utama..ALLAH dan RASULULLAH..itu semua sumber CINTA dan KASIH SAYANG..Subhanallah !! Banyaknya CINTA...Banyak juga BAHAGIA !! ^_^ 



Kesilapan kita apabila kita terlalu MENYEMPITKAN istilah CINTA itu hanya tentang 'Aku dan dirimu' sahaja..dan bagiku itulah yg paling yatim mungkin! (mungkin bukan bagi kamu dan kamu, tapi bagiku) :'(


Cinta 'muda mudi' ?
Berpegang dengan penuh keyakinan diatas takdirNya..Tidak sesekali aku menolak atau menafikan keperluannya kerana ku tahu, CINTA itu FITRAH, NIKAH itu SUNNAH dan itu juga IBADAH..dan yang HALAL itu paling INDAH..:)


Ayuh !! kita nikmati erti BAHAGIA yang sebenar..CINTA dan KASIH lah semuanya, barulah betul2 BAHAGIA hidup kita..hati pun senang, fikiran pun tenang ! ♥♥♥ ^_^ Subhanallah !

Barakallah.. Barakallah..Barakallah..



Tuesday, June 26, 2012

Perjuangan Suci, Keredhaan Ilahi



Happy !! Gumbira !! Ceria !! Tersenyum Bahagia !! 
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!

Masa tengah makan malam, tiba2 bunyi mesej masuk..
daripada --> Kak Dayah Usrah..:)

"Dr Mursi menang di Mesir ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Semoga ada sinar baru akan muncul ya Allah..Alhamdulillah.."

** ops ! dapat mesej baru tau? hee..bukan tak ambil tahu tentang pilihan raya di Mesir sebelum ni tauuu..cuma kali ni lambat update tentang pekembangan mengenai hal ni..maklumlah, dah kurang tengok TV sekarang ni..

Lepas je dapat mesej tu, bergenang2 rasanya mata ni..berbunga2 hati ni..syukur tak terhingga padamu Ya Allah........:')

Alhamdulillah..atas limpah berkat dari Allah, kemenangan itu milik umat Islam. Dr. Muhammad Mursi, merupakan calon Parti Keadilan dan Kebebasan (Hizb Al-Huriyyah wal 'Adalah) kelolaan Ikwanul Muslimin yang telah pon diumumkan sebagai Presiden Mesir yang baru. Kemenangan yang cukup bermakna ini bukan sahaja bermakna kemenangan buat rakyat Mesir tetapi kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia..

Menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim dan umat Islam yang sedar untuk sama-sama menyokong perjuangan suci Ikhwanul Muslimin yang inginkan Islam kembali semula tertegak di atas muka bumi Allah..:')

Dr Mursi pemimpin yang menghafal 30 juzuk Al-Quran..Subhanallah..
Dengan pantas dan tuntas terus je update status FB..wink3 !! ^_^  siyes !! memang excited sangat masa tu..nak share dengan semua orang mengenai hal ni...sebab ia bukan tentang mereka dan negara mereka, tapi tentang mereka, kita dan agama kita Islam..
K.I.T.A..Ya !! KITA..


Dan seorang sahabat telah pun meninggalkn commentnya..^_^
seronok tau bila kita ada kawan2 yang sefikrah dengan kita ni..kan3..:)

ni lah kata2 sahabat saya tu..
"Alhamdulillah,Malam ini, SPR Mesir Mengesahkan kemenangan Dr Muhammad Mursi dari FJP (calon ikhwan Muslimin ) . Kemenangan ikhwan Muslim memberi sinar baru perjuangan Islam, kemenangan ini juga memberi sinar kepada Palestine, bumi umat Islam yang di jajah sekian lama. Namun ia baru permulaan, banyak lagi cabaran dan harapan yang bukan sahaja mereka, juga tanggungjawab kita untuk memastikan Islam yang memberi keadilan untuk semua Menang."

WE LOVE..WE CARE..
 Aamiin..mudah2an..semoga semuanya akan terbela dengan bangkitnya Pemimpin Islam yang benar2 memegang al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya..menurut sumber2 yang saya baca, Dr Mursi ni merupakan Pemimpin ke2 yang menghafal 30 Juzuk al-Quran selepas Pemimpin Palestin..Subhanallah.....Alhamdulillah...yang ni barulah betul2 pemimpin yang BERWIBAWA...:')

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3] 
Apakah akan ada Sultan Muhamad al-Fateh yang ke2..??
Harapan yang sama di harapkan untuk negaraku ini..semoga suatu hari nanti ISLAM akan tertegak dengan teguh dan kukuh di negara ku ini dengan adanya pemimpin2 yang benar2 mengamalkan ISLAM (al-Quran dan Sunnah) di setiap perkara yang di lakukan..InsyaAllah..

Barakallah..Barakallah..Barakallah..

Thursday, June 21, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa



Dalam usaha meneruskan perjalanan ke hadapan, kadang2 akan datang perasaan ingin menoleh ke belakang walau sekejap..

MUNGKIN..
Jika dulu di saat itu kita bahagia, sedangkan mereka menderita..
Kini kita pula menangis kecewa, mereka pula sedang ketawa gembira..
atau mungkin sebaliknya..

Sentiasa ingatkan pada diri bahawa hidup ini sememangnya umpama RODA !!
Tak selalunya kita di atas, tak juga selalu di bawah..Apa yang kita ada hari ini tak mungkin kan kekal menjadi milik kita selamanya..(sememangnya semua tidak akan kekal, kerana hidup ini hanya SEMENTARA)

Hidup kita sememangnya di luar jangkaan..Selalunya, apa yang tidak terduga itulah yang akan berlaku pada kita tanpa kita bersedia..Boleh jadi ia datang tanpa di duga, dan boleh jadi pula ia hilang tanpa di sangka..Perancangan ALLAH mengatasi segalanya..

Semua orang tak lari dari kesilapan..yes ! itu adalah common words !
tapi tak semua orang mahu belajar dari kesilapan itu..

KESILAPAN ITU BIASA, YANG TAK MAHU BELAJAR DARI KESILAPAN ITU YANG TAK FAHAM BAHASA !! ^_^

Tanpa PENGALAMAN, tiadalah PENGAJARAN..

I learn from that !! Alhamdulillah..Thanks to ALLAH for give me that chance..:')
Terima kasih pada insan2 yang pernah hadir dalam hidup ini..walau hanya persinggahan yang sementara, dan kehadiran itu seketika cuma..namun ia cukup memberi kesan yang sangat bermakna..sungguh ! saya menghargai semua itu..Semoga diriku, dirimu dan mereka semua mengecapi kebahagiaan yang diredhai Ilahi...Aamiin...:)

Barakallah..Barakallah..Barakallah..

Tuesday, June 19, 2012

Yang Jauh Dari Sempurna



Sesungguhnya aku hanya INSAN BIASA..
Jangan pernah anggap aku manusia SEMPURNA..
kerana hakikatnya aku lakukan KESILAPAN juga..
sama seperti kau dan mereka..

ASTAGHFIRULLAHALAZIM............ :'(
Ku bimbang IMAN tak terjaga..
HATI terus alpa..
AKAL tak bermaya..
JIWA kian terseksa..

ALLAHURABBI..
aku takut..
Sungguh aku takut..
Aku takut tenggelam di dalam juram yang binasa..
Jalan kehidupan yang penuh tipu daya dunia..
Yang mampu campakkan aku ke NERAKA..
Sedang yang ku impikan adalah SYURGA..

ALLAH HU YA ALLAH..
Ku tahu aku tak layak ke SYURGA-MU, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..:'(

" Semua ke SYURGA..kecuali dia..ku bimbangi DIA lah diri ku"
(Petikan lirik lagu 'Aku Hanya Umar' )
--> Sedangkan Saidina Umar al-Khatab antara sahabat Nabi yang di janjikan SYURGA pun masih bimbang dirinya akan di campak ke neraka..apatah lagi diri ini ??? yang tak punya apa2..:'(

ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...