............KAMU..........
Kata-Kata ini ku ambil dari dia..Si Doktor Cinta dan Agama..:)
Dia seorang Adam yang sedang menanti Hawanya..
Dan aku pula Hawa yang sedang menanti Adamnya..
Aku tunggu kamu..aku tunggu saat itu..
Andai nanti dah berjumpa , aku tak mahu berkata apa-apa, cukuplah kau baca ini dan mengerti segalanya..:)
JOM ! kita mulakan bicara hati ke hati ini bersama2..
![]() |
His TWEET inspiring me..:) |
Dia seorang Adam yang sedang menanti Hawanya..
Dan aku pula Hawa yang sedang menanti Adamnya..
Aku tunggu kamu..aku tunggu saat itu..
Andai nanti dah berjumpa , aku tak mahu berkata apa-apa, cukuplah kau baca ini dan mengerti segalanya..:)
....Kamu....
Walau kejauhan,belum lagi kelihatan dan kedengaran,andai kamu milik ku , kamu akan DIA datangkan dalam hidupku dengan tak disangka-sangka
Walau kejauhan,belum lagi kelihatan dan kedengaran,andai kamu milik ku , kamu akan DIA datangkan dalam hidupku dengan tak disangka-sangka
....Kamu....
Aku kan berusaha untuk jadi yang terbaik sebelum impikan kamu yang terbaik kerana 'Yang Terbaik' itu
tahu nilaiku..Dan DIA pasti akan temukanku dengan kamu yang sekufu.
....Kamu....
Jangan gelisah. Jangan resah. Jodoh kita dalam genggamanNya. Doa..Jangan
taksub dengan cinta manusia. Kita pasti bertemu jua..Masa itu akan tiba..
....Kamu....
Matamu itu jaga! Jaga-jaga pada yang 'tidak menjaga' kerana dari mata
turun ke hati, menular ke akal dan seluruh raga. Jangan kamu terpedaya..
....Kamu....
....Kamu....
Aku tahu 'nilai' dan 'harga' diriku di mata DIA , aku akan pastikan diriku kan 'terjaga'..
....Kamu....
Jika aku bisa zahirkan semua yang kurasa , pasti tinta kehabisan dakwatnya..
....Kamu....
Aku simpan rasa ini semua untuk kamu kerana bila 'masa itu' tiba , kamu akan tahu & rasa erti 'istimewa' yang sebenar-benarnya..
....Kamu....
Aku tidak minta apa-apa. Oh ya,1 sahaja. Jaga Agamamu ya..kerana aku
yakin bila yang 1 itu kamu jaga , yang lain akan sendirinya terjaga
....Kamu....
Mereka 'tak nampak' apa yang 'luar biasa' pada biasanya pandangan mata.Itu membuatkan kamu nanti istimewa.Doa..Biar kita berjumpa :)
....Kamu....
Ketahuilah..dalam tiap doaku kanu ada serta.Kita kukuhkan diri
dengan Agama buat bekal ke Syurga sama-sama,ya? Aku tunggu kamu.Aku
tunggu saat itu..
....Kamu....
Simpan rasa yang istimewa di penghujung cerita.Doa..DIA dengar dan aku kan rasa :)
....Kamu....
Aku kan berusaha untuk menjaga maluku.Bila bersuara, ku kan jaga tuturku.Bila berpakaian, ku kan jaga auratku. Bila bergaul, ku kan jaga batasku..Aku mahu kamu pun begitu..
....Kamu....
Semoga Allah pertemukanku dengan kamu yang meletakkan DIA no.1 kerana bila kamu
meletakkan DIA no.1, siapa yang menyusul selepas-Nya , aku sudah tahu..
....Kamu....
Terlalu banyak yang mahu aku kongsikan denganmu.Terlalu banyak yang aku mahu ceritakan padamu.Moga kita disempatkan 'bertemu'..
....Kamu....
Aku tak tahu siapa kamu. Aku hanya berdoa agar kamu yang aku
bicarakan ini tahu, aku mahu berpimpinan tangan menuju Jannah denganmu..
....Kamu....
Aku serahkan segalaNya pada DIA untuk satukan kita atas landasan Agama kerana hanya Agama bisa jadi penyelamat nyata.
....Kamu....
Jika aku mahu bicara denganmu,aku tak perlu selalu menggunakan
bahasa,kerana diamku dan renunganku sudah cukup buat kamu fahami
segalanya
....Kamu....
Rindu?Aku tahu. Tak perlu beritahu. Sampaikan
pada DIA. DIA akan sampaikan padaku, begitu juga sebaliknya. Rindu
lagi? Tunggu. Sabar dulu. DIA akan bawa kamu padaku dan aku
padamu. Bila?Nanti..Nanti bila?Dia akan 'beritahu' bila sampai 'seru'
....Kamu....
Jika kamu wujud untuk jadi pelengkap Agama dan hidupku, sabar dulu. Tunggu. Kita pasti bertemu. Waktu..Demi waktu..
....Kamu....
If I can't find you 'here',I'll find you 'there' ..
Mungkin DIA simpankan yang lebih indah dari yang kita angan-angankan nun nanti di 'sana'.
KAMU !
Mungkin DIA simpankan yang lebih indah dari yang kita angan-angankan nun nanti di 'sana'.
KAMU !
Walaupun ni semua ayat2 dari Doktor itu, tapi apa yang Aku nak sampaikan pada kamu semuanya sama !! Sama ! tiada beza ! bukan mahu kamu jadi seperti dia, tapi cukuplah andai kamu tahu seharusnya kamu nanti seperti apa..kita usaha sama-sama ya ! :)
Ku yakin , PERTEMUAN kita ini kan berlaku dengan izin-Nya..:)