Happy !! Gumbira !! Ceria !! Tersenyum Bahagia !!
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!ALLAHUAKBAR !!
Masa tengah makan malam, tiba2 bunyi mesej masuk..
daripada --> Kak Dayah Usrah..:)
"Dr Mursi menang di Mesir ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Semoga ada sinar baru akan muncul ya Allah..Alhamdulillah.."
** ops ! dapat mesej baru tau? hee..bukan tak ambil tahu tentang pilihan raya di Mesir sebelum ni tauuu..cuma kali ni lambat update tentang pekembangan mengenai hal ni..maklumlah, dah kurang tengok TV sekarang ni..
Lepas je dapat mesej tu, bergenang2 rasanya mata ni..berbunga2 hati ni..syukur tak terhingga padamu Ya Allah........:')
Alhamdulillah..atas limpah berkat dari Allah, kemenangan itu milik umat Islam. Dr. Muhammad
Mursi, merupakan calon Parti Keadilan dan Kebebasan (Hizb Al-Huriyyah wal 'Adalah)
kelolaan Ikwanul Muslimin yang telah pon diumumkan sebagai Presiden Mesir yang baru.
Kemenangan yang cukup bermakna ini bukan sahaja bermakna kemenangan buat rakyat
Mesir tetapi kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia..
Menjadi
tanggungjawab kita sebagai muslim dan umat Islam yang sedar untuk sama-sama
menyokong perjuangan suci Ikhwanul Muslimin yang inginkan Islam kembali semula
tertegak di atas muka bumi Allah..:')
![]() |
Dr Mursi pemimpin yang menghafal 30 juzuk Al-Quran..Subhanallah.. |
Dengan pantas dan tuntas terus je update status FB..wink3 !! ^_^ siyes !! memang excited sangat masa tu..nak share dengan semua orang mengenai hal ni...sebab ia bukan tentang mereka dan negara mereka, tapi tentang mereka, kita dan agama kita Islam..
K.I.T.A..Ya !! KITA..
Dan seorang sahabat telah pun meninggalkn commentnya..^_^
seronok tau bila kita ada kawan2 yang sefikrah dengan kita ni..kan3..:)
ni lah kata2 sahabat saya tu..
"Alhamdulillah,Malam ini,
SPR Mesir Mengesahkan kemenangan Dr Muhammad Mursi dari FJP (calon
ikhwan Muslimin ) . Kemenangan ikhwan Muslim memberi sinar baru
perjuangan Islam, kemenangan ini juga memberi sinar kepada Palestine,
bumi umat Islam yang di jajah sekian
lama. Namun ia baru permulaan, banyak lagi cabaran dan harapan yang
bukan sahaja mereka, juga tanggungjawab kita untuk memastikan Islam yang
memberi keadilan untuk semua Menang."
![]() |
WE LOVE..WE CARE.. |
Aamiin..mudah2an..semoga semuanya akan terbela dengan bangkitnya Pemimpin Islam yang benar2 memegang al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya..menurut sumber2 yang saya baca, Dr Mursi ni merupakan Pemimpin ke2 yang menghafal 30 Juzuk al-Quran selepas Pemimpin Palestin..Subhanallah.....Alhamdulillah...yang ni barulah betul2 pemimpin yang BERWIBAWA...:')
"Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam
deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[an-Nasr, 110:1-3]
![]() |
Apakah akan ada Sultan Muhamad al-Fateh yang ke2..?? |
Harapan yang sama di harapkan untuk negaraku ini..semoga suatu hari nanti ISLAM akan tertegak dengan teguh dan kukuh di negara ku ini dengan adanya pemimpin2 yang benar2 mengamalkan ISLAM (al-Quran dan Sunnah) di setiap perkara yang di lakukan..InsyaAllah..
Barakallah..Barakallah..Barakallah..