Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 26, 2011

PeNgaJaRaN seBuaH peRjaLaNan




Assalamualaikum..


Syukur ke hadrat Illahi kerana diri ini masih berkesempatan menikmati kesihatan yang baik untuk menunaikan solat terawih berjemaah pada malam ini..Seperti biasa, menapak ke masjid bersama ibunda dan ayahanda tercinta..apa yang nak dikongsikan ialah mengenai isi kandungan tazkirah yang di sampaikan pada malam ini..


Tazkirah di sampaikan oleh seorang ustaz yang dijemput khas dari jabatan agama islam Bentong..cara beliau menyampaikan tazkirah tersebut sangat bersahaja..selalunya tazkirah hanya disampaikan selama 15-20 minit oleh ustaz dari kampung saya sendiri..tapi hari ni, ustaz jemputan tersebut minta untuk menyampaikan tazkirah selama sejam..huhu..kedengaran ada bunyi mengeluh di bahagian hadapan..sebab solat terawih pun masih belum selesai lagi.


'hai pakcik2.....nak kejar apa kalau balik rumah pun...bukan ada isteri muda pun'..~_~


Ustaz tersebut saja mahu menguji..tapi memang agak lama juga tazkirahnya tadi,hampir sejam juga..tapi tak terasa pun lamanya sebab penyampaiannya sangat2 bersahaja dan diselit pula dengan unsur2 lawak dari beliau..~_~


Beliau berbicara mengenai RAMADHAN..pastinya semua sudah maklum bahawa bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang mulia,bulan yang penuh keberkatan..dan pastinya semua muslimin dan muslimat mahu mengejar pada 1 malam yang dicari2 dan diharapkan untuk menemuinya iaitu LAILATUL QADAR..semua itu di sebut semasa tazkirah tadi..banyak lagi yang dikupaskan oleh beliau terutamanya mengenai DUGAAN di bulan Ramadhan ini..


Beliau menceritakan pengalaman beliau pada minggu lepas semasa sedang bertugas di pejabatnya iaitu jabatan agama islam Bentong..


~ ikuti AL-KISAHNYA ~


Encik Ustaz : minggu lepas ada seorang wanita datang berjumpa dengan saya..umur dalam lingkungan 50an..pakai tudung buat syarat je,baju ketat nampak pula dadanya..duduk depan saya. saya ni pun terkelip-kelip..kalau tak tengok rugi, rezeki tu..(semua jemaah gelak..~_~)..saya rasa hari itu puasa saya paling kurang pahalanya..pastu dia pun mengadu lah masalah dia


Puan wanita : Encik,saya kawen kat siam.saya tak daftar dekat sini.sekarang anak2 saya nak buat apa2 pun susah..macam mana ni encik?


Encik Ustaz : sepatutnya puan kena daftar.......puan nikah dekat sana macam mana?lengkap ke rukun nikahnya??


Puan Wanita : Encik tak tahu perkahwinan saya sah ataupun tidak, tapi Tuhan tahu yang perkahwinan saya sah!!(nada agak marah katanya)


Encik Ustaz : Puan tahu tak rukun nikah?


Puan wanita : tahu lah!


Encik Ustaz : rukun nikah ada berapa puan?


Puan wanita : alahh..lupa dah lah...(inilah manusia..tak pernah nak mengaku kelemahan diri)..
Puan wanita : Encik jangan ingat saya takut dengan encik.saya tak takut dengan encik,tapi saya takut dengan Tuhan!!saya tahu encik tak suka dengan saya..saya tengok cara encik pandang saya tu pun saya tahu....


Encik Ustaz : Puan takut dengan tuhan, tapi kenapa buka aurat?Puan tahu hukum menjaga aurat?


Puan Wanita : owh..yang tu hal peribadi..itu hal saya,bukan hal Encik.


Encik Ustaz : memang hal puan, tapi saya ni yang TERGANGGU..


Puan Wanita : itu maknanya IMAN Encik ni LEMAHHH....ni kan bulan puasa,syaitan di belenggu..tapi Encik masih terganggu..IMAN lemah la tu.......
sekadar hiasan
Ustaz terkedu mendengar kata2 Puan wanita tersebut..ustaz berkata dalam hati "memang lah syaitan dibelenggu,tapi masalahnya awak tu yang jadi syaitan"(semua jemaah gelak..~_~)




Itulah kisahnya..
sebenarnya perasaan saya bercampur baur..
SUKA kerana bunyinya agak lawak..
SEDIH dengan kerenah Makcik tersebut..
dan KECEWA..
kecewa dengan diri sendiri..
masih jauh perjalananku, sedangkan hidupku begitu singkat di dunia ini....
moga kan ku temui sinaran dalam kesamaran ini..


YA ALLAH..bimbinglah selalu langkah ini, agar selalu ia menapak di jalanMu yang lurus..Aameen..


~ HARAPAN YANG SATU ~

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Pandangan dan juga nasihat anda sangat di alu2kan..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...