Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 18, 2011

SeBuaH keBAnGKiTan



Assalamualaikum..

>>> kata2 buat DIRIKU <<<



Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu..


Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu..
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah..



Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah..
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah..
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..

GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGATMU SETINGGI BINTANG DI LANGIT..RENDAHKAN HATIMU SERENDAH MUTIARA DI LAUT..


Bersyukur kerana dipertemukan sahabat yang HEBAT!!yang bertungkus lumus membangkitkan kembali diriku daripada kejatuhanku..yang bersusah payah mentarbiyahkan ku demi sebuah kesedaran..Syukur padaMu Ya Allah..terima kasih wahai sahabatku..bersama kita menuju ke jalanNYA..mudah2an..semoga istiqamah dalam perjalanan mencari keredhaanNYA..Aamin.......

Wassalam..

Friday, August 12, 2011

kiSaH Norma, UjiAn ALLAH, berSyuKuRkaH kiTA..??

     
Assalamualaikum..





"TOLONG BANTU NORMA"..


video ini telah membuat diri ini terpanggil untuk menulis bagi berkongsi kisah seorang hamba ALLAH yang sedang diuji dengan dugaan yang cukup hebat..




kisah ini mampu membuat air mata menitis..jatuhkan egomu buat sesiapa sahaja yang rasa sukar untuk menitiskan air mata kerana jika tak rasa apa2,trust me..something wrong with your heart!!bukan sahaja menangisi ujian buat insan ini,tapi menangisi nasib diri yang belum pasti..


Puan Norma..isteri kepada saudara Talib yang menjadikan 'SUSAH SENANG BERSAMA' sebagai prinsip hidupnya.ibu kepada bayi yang baru berusia 6 bulan ini juga merupakan seorang guru.tapi siapa sangka dan siapa dapat menduga dengan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T yang mana beliau telah disahkan menghidap 'BARAH OTAK'.




begitu tersentuh hati ini melihat kasih sayang dan pengorbanan seorang suami .masih ada lelaki sebaik ini di atas muka bumi ini.bukan semua laki tak 'berguna',dan bukan juga semua perempuan tak 'berguna'..masih ramai yang 'berguna' dan berhati mulia.dan salah seorangnya ialah saudara Talib..~_~


kata2 seorang suami.."saya takkan putus asa,selagi nyawa dikandung badan,saya takkan putus asa"




YA ALLAH..berikanlah kesembuhan sepenuhnya buat Puan Norma dan berikan kesabaran serta ketabahan buat dia dan keluarganya agar mereka semua dapat menghadapi ujianMu ini dengan redha..semaikan rasa cinta dan kasih sayang yang utuh buat suaminya agar kurniaMu itu dapat memberikan kekuatan buat suaminya untuk setia menjaganya sehingga dia sembuh sepenuhnya..Aamin..........


"kadang2 kita diuji kita rasa kita lah yang hadapi ujian paling hebat,
sedangkan ada orang lain yang diuji lagi hebat"


malu rasanya..malu yang teramat bila mengenangkan diri sendiri..take a mirror and reflect yourself Cik ERNA and all my frens..!!begitu banyak KENIKMATAN yang dikurniakan oleh Allah,tetapi kekufuran,kelalaian dan kemaksiatan yang dibalaskan..bila diuji dengan dugaan yang begitu kecil,sudah sibuk mengeluh sana sini..mengata diri sendiri..='(




pernah ke kita benar2 bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita olehNYA??apakah yang dimaksudkan oleh SYUKUR itu sendiri??bagaimana caranya kita menunjukkan tanda syukur kita padaNYA??adakah hanya menzahirkan dengan ucapan 


'ALHAMDULILLAH'..


ya!!itulah kebiasaannya..tapi apa makna disebalik ucapan itu??adakah ia cukup hanya sekadar ucapan wahai diriku yang hina????


REBUTLAH 5 waktu sebelum 5 waktu wahai diriku....bersyukurlah dengan sebenar2 syukur padaNYA..jangan sampai kenikmatan yang diberi ditarik semula dan baru lah mahu menyesali semuanya..




~~muhasabah diri dalam muhasabah cinta pada Illahi~~



~~ MUHASABAH CINTA ~~

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu 
Kupasrahkan semua pada Mu 

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur 
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi..Muhasabah cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati 
Pertemukan aku dengan Mu....



Wassalam....

Wednesday, July 27, 2011

'MaTi HidUp SemuLA' , GagAk PUtiH daN Ya RamAdHan..



Assalamualaikum..

Terasa indahnya malamku..terasa damainya hatiku..terasa tenangnya jiwaku..pabila ditemani 'majlis ilmu' yang membawa sejuta makna bagi yang mengerti..



: : HALAQAH - SENTUHAN QALBU : :

program yang penuh keinsafan..penuh pengajaran..dan rancangan yang mengingatkan muslimin dan muslimat kembali kepada fitrah manusia dan kejadian asal manusia..

dengan tajuk : NOTA - 'Mati Hidup Semula'

kisah seorang artis..CATRIAONA ROSE yang dulunya seperti 'apa' tetapi kini sudah dekat denganNYA yang Maha Esa..



Syahdu hati ini tika mendengar sajak yang disampaikan oleh beliau dengan penuh keinsafan..

.
.
.


Ya Allah..jangan kau cabut imanku dari diriku..
tetapkan imanku agar aku tidak berpaling darimu..Amin........
.
.
.


: : BAGAI GAGAK PUTIH : :


dipetik dari perbualan dua  'Adam'
Apakah punya kesempatan untuk diri ini 
menjadi salah seorang daripada 'mereka'??



.
.
.

: : YA RAMADHAN : :


Bulan yang penuh KEMULIAAN..semoga 'peluang' yang datang dapat digunakan sebaik baik baik baik nya untuk beramal ibadat..tidak akan ku biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja..takut lah diriku jika ia yang TERAKHIR buatku..


Wassalam..

Tuesday, July 26, 2011

'AkU seBaTaNg ROKOK..'


Assalamualaikum..


Aku hanya sebatang rokok..hidupku cukup indah..aku di buat dikilang,di jual dan dijadikan teman hidup manusia2 yang ‘istimewa’..tidak mahu kupersoalkan tentang keburukan aku pada kesihatan mereka2 ni, apatah lagi nak menceritakan pasal hukum dari segi agama..sebab aku yakin, mereka semua tahu akan semua itu..so siapa aku nak halang2 mereka,apa aku kisah!!yang penting aku menjadikan hidup mereka ‘nikmat’ sekali..


Nikmat nikmat jugak..tapi…tidakkah mereka sedar bahawa aku mungkin menjadi punca kematian mereka??sememangnya ajal maut ditangan Allah, tapi kenapa mereka2 ni dengan sengaja bermain dengan ajal mereka..secara tak langsung mereka mahu ‘membunuh diri’..Alangkah malangnya apabila orang lain juga menjadi mangsanya..uish!!kejam tu…......

mereka punya kerenah, aku jugak yang dapat nama.

’ROKOK MEMBUNUH’..

eh!!you suppose say

 “PEROKOK PEMBUNUH”..

haaa..baru lah betul..

Wahai manusia..ketahuilah kisah benar ini


Adakah ‘aku sebatang rokok’ puncanya??terpulang pada pandangan masing2

Bagi yang sudah berkahwin, mungkin ini yang akan mereka katakan


YES!!you can said it!!but remember this…Allah menguji hamba2NYA dengan pelbagai cara.lihat lah disekelilingmu,pasti ada yang ‘teruji’ akibat daripada tabiatmu itu..mungkin isterimu,anak2mu,ibu bapa mu atau insan2 lain yang berkenaan denganmu

Bagi si bujang…fikir2kan dan renung2kan masa depan anda..

Oh!!terlupa pula..nama pun manusia..manakan mahu tersedar selagi tidak ‘terhantuk’ kepalanya..

Jika dipandang dari segala sudut, apa adanya pada ‘aku sebatang rokok’..
duit hangus, kesihatan terancam, dosa…????emmmm….apa yang ada??

??????????????????
"OH..TIDAK SAMA SEKALI"..~_~

DUIT..??

kalau sehari sekotak,and harga sekotak dalam RM??ntah..'aku sebatang rokok' pun tak tahu berapa harganya..mungkin dalam RM10..RM10 x 30 hari =??..RM300..wah!!tu kalau bagi mak ayah tu confirm bangga diorang..rezeki pun insyaAllah berkat..so, tak ada lah nak keluh kesah gaji tak cukup or what ever kan..


 KESIHATAN..??


Sure lah effect sangat!!paru2 rosak..otak pun rosak..kesuburan rosak..apa lagi yang mereka nak suruh aku rosakkan??cakap jerr..tak de hal lah bagi aku kalau bab2 merosakkan manusia nih..dah memang kerja aku pun..kat kotak aku pun dah terang2 gambar effect daripada tabiat merokok..keguguran, barah paru2, sakit jantung, macam2 lah..tapi ada mereka kisah??tak ada maknanya..takkan mereka nak tunggu ayat ni ada pada kotak aku

“AWAS!!jika anda merokok, nyawa anda akan dicabut oleh Izrail sebentar lagi”..emm..

Yes!!tak dapat dinafikan ramai yang ‘cuba’ nak ‘clash’ dengan aku..aku ikhlas lepaskan mereka, tapi mereka sendiri tak ikhlas untuk lepaskan aku..so,macam mana kami nak berpisah kalau macam tu..aku pun sebenarnya suka sangat mereka2 ni berpisah dengan aku sebab aku kesian pada mereka walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tak kesiankan diri mereka.


Actually ada jalannya..Cuma mahu atau pun tidak.pilihan ditangan sendiri!!..zaman sekarang ni macam2 adaaaa..berbagai jenis produk di jual untuk pisahkan manusia dengan aku..nak seribu daya,tak nak??berjuta dalih...

BERHENTI MEROKOK it doesn’t mean you kena berhenti serta merta..yang perlu ada serta merta adalah NIAT..!!and after that disusuli dengan tindakan2 yang sewajarnya..kalau berhenti serta merta ia juga boleh memberi risiko untuk mendapat STROK..(information yang tuan blog ni dapat hasil bacaannya di majalah)..so,slow slow laaaa…


mungkin selalunya sehari 20 batang..so mulakan dengan tolak satu persatu hari demi hari..esok 19 batang..lusa 18 batang..mungkin hari yang seterusnya tak dapat tolak 1 pun, still 18 batang..it’s ok..at least you tak tambah!!!maintain………….then cuba lagi tolak satu persatu..insyaAllah boleh………tapi DOA jangan lupa.. kita usaha, kita berdoa dan seterusnya kita berserah padaNYA agar diberi kesempatan untuk hidup dengan lebih AMAN tanpa ‘aku sebatang rokok’..


“Wahai manusia..jangan tinggalkan ‘aku sebatang rokok’ demi manusia lain kerana bimbangnya ia hanya sementara..tapi tinggalkan lah aku kerana sayangnya kau pada diri sendiri dan takutnya kau pada pemilikMU..janganlah dianiaya dan disia2kan pinjamanNYA yang sementara itu..sedarlah..insyaAllah kau akan lebih kuat untuk melawan keinginanmu untuk ‘berkawan’ denganku..aku tidak membunuh, tapi kau mungkin akan jadi PEMBUNUH”




Wassalam.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...