Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 24, 2012

Hati Mereka, Hati Saya..Berbeza..


Biarkan mereka..
Biarkan..
Biarkan sahaja..
Biarkan mereka hidup dengan perasaan hasad dan dengki yang menggunung..
Biarkan jika itu sahaja yang mereka mampu rasakan..
Biarkan mereka berlawan dengan perasaan mereka sendiri..
Biarkan mereka..
Biarkan..

Yakinlah !
ALLAH bersamamu..
ALLAH ada bersama hamba-hambaNya yang sabar..

Bersabarlah..
Tersenyumlah..
Tenanglah..

Kamu manusia biasa yang punya HATI yang LUAR BIASA..
kerana HATI mu ada aura CINTA dari Sang Pencipta..
Buktikan pada semua, yang kamu bukan seperti mereka..


"Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Rad : 28 )

Tenanglah wahai HATI..Tenanglah wahai DIRI..:)

Anggap lah itu adalah teguran dari ALLAH..
kamu itu manusia yang sering alpa..yang selalu melakukan dosa..
sebab itu ALLAH tegur melalui mereka ! Biar sedar ! Agar tidak terus alpa ! Ingat !!

Redha..Redha lah..Berdoalah..
Semua berlaku dengan izin-Nya..maka, mohonlah kekuatan dan ketabahan dari-Nya..
Mohonlah agar dipermudahkan untuk kamu menghadapinya..
Untuk menghadapi mereka2 yang punya hasad dan dengki dalam hati mereka..

Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..

Usah kamu emosi..
Usah kamu melenting..
Usah kamu marah..
Semuanya hanya sia2..

Biarkan sahaja mereka..kamu tidak perlu berbuat apa2 pada mereka..
Biar mereka sendiri merasa penat dengan apa yang mereka lakukan..
Biarkan mereka..Doakan mereka..
Doakan mereka, moga di beri Taufik dan Hidayah yang sememangnya telah pun ALLAH  berikan buat sekalian hambaNya..Doakan mereka juga merasakan nikmat iman dan islam yang kamu sedang rasai..

Beza kamu dan mereka adalah KEIMANAN..jagalah ia ! Moga kamu di berikan Hidayah yang berpanjangan..Allahumma Aameen..

Teruskan bersabar..ALLAH bersamamu..InsyaAllah :)



Wednesday, November 14, 2012

Taman itu Mendamaikan..



Dia nak ke Shopping Mall , jalan2 menenangkan fikiran..^_^
Saya nak ke kawasan Taman , jalan2 mencari kedamaian..^_^
 
Perbezaan itu bukan penghalang untuk kami sama2 memenuhi keinginan antara satu sama lain.. 
 Perbezaan itu MENYEMPURNAKAN..:)
 
Wonderful day with my love Rozieana Kamis..

♥ From Upm - AEON - Masjid Putra - Taman Saujana Hijau - Pasar Malam - back to Upm ♥

Taman Saujana Hijau OSEM !!




Bersendirian bukan bererti keseorangan..

ku BAHAGIA bersama DIA..:)
Alhamdulillah....

Monday, November 12, 2012

TESIS oh TESIS !!




PERJUANGAN bermula kembali !! korbankan CUTI demi menyempurnakan TESIS yang dah lama 'menyepi..^_^

Final year student lah katakan........

Semangat2 !! Mahu jumpa Bonda dan Ayahanda tercinta..sudah cukup derita dan sengsara jiwa dan raga menanggung rindu di sini..♥
Cepat2 buat ! cepat2 siap ! cepat2 balik !! InsyaAllah..:)

Bismillahirrahmanirrahim.....
moga dipermudahkan segala urusanku ini..Allahumma Aameen..


Friday, November 9, 2012

Hari Lahir..ku..BAHAGIA



SELAMAT HARI LAHIR !!
SANAH HELWAH !!
HAPPY BESDAY !! 
TO ME........^_^


Bersama Hadiah2 yang diterima :)
Alhamdulillah..29 Oktober lalu genap umurku 22 tahun..bermakna sudah 22 tahun juga aku meminjam segala yang ku punya dari ALLAH SWT..Alhamdulillah..syukur di atas segala nikmat yang telah diberikan kepadaku selama ini..

Hari ini, Khamis bersamaan 10hb November 2012, sahabat2ku telah merancang majlis untuk meraikan hari lahir aku dan dua lagi kawanku yang berkongsi bulan kelahiran yang sama denganku..:)

Kami meraikannya di Restoran Steambot yang terletak di MAEPS , terletak di belakang UPM sahaja..dekat je pun...^_^
Masing2 bayar laaaa..kami kan student lagi, mana mampu nak belanja orang lain lagi...hehe..Semuanya telah di rancang dan dilaksanakan oleh dua orang kawanku yang memainkan peranan penting untuk menjayakan celebration tadi..

Tak de kek pon..sekadar hiasan :)
  Alhamdulillah..dengan izin ALLAH semuanya berjalan dengan lancar..sesampai je di sana, kami terus ke meja yang telah di booking dan terus mengambil makanan mengikut selera masing..STEAMBOT tuuuuu...memang selera besar la di buatnya !! sampai tak sedar diri yang diri ni sememangnya mudah 'MABUK' lepas makan steambot..kompem punya ! ^_^

Sebelum makanan di suap ke mulut, aku mengetuai bacaan DOA makan dan DOA memohon keberkatan sempena hari lahir kami..moga ALLAH menerima DOA kami dan memakbulkan DOA kami semua..InsyaAllah :')

Allahumma Aameen..
Sambil2 makan , kami ada juga bergambar..tapi diriku ni tak berapa banyak gambarnya..segan juga dibuatnya bergambar depan orang ramai..tunggu orang dah sikit2 baru la aktif  sikit bergambarnya..hee...tapi seronok tengok kawan2 lain bergambar..:)

Lepas dah siap makan dan bergambar, bermula lah acara 'penyampaian' hadiah kepada Besday Gurlz....Heee..^_^ yang ni part yang paling OSEM sekali !! LIKE ! LIKE ! LIKE ! 

Besday gurlz kena main GAME untuk dapatkan hadiah..huhu..sadis2 ! Kami bertiga di beri pilihan untuk memilih sampul surat yang mereka sediakan. kami perlu mencari hadiah kami yang telah mereka sorokkan berpandukan apa yang tertulis di dalam kertas yang telah kami cabut. Nasibku kurang baik, tapi sangat FUN sebab hadiah ku berada di dalam kereta..dan yang paling best sebab masa tu HUJAN .......!!! 

Hujan yang turun bagaikan mutiara......^_^
 Nak tak nak kena redah juga lah hujan tu......hehe...semangat tuuuuu...sporting2 ! ^_^

Bila dah dapat hadiah, diriku mengucapkan terima kasih dan berpelukan dengan semua kawan2 ku..seronok sangat2 masa tu walaupun baju dan lenjun kena hujan..Serius !! ^_^

Hadiah yang ku dapat ialah BODY MIST BODY SHOP yang wangi bangat ! STOKIN yang sangat comel ! dan MINI MUG yang super cute ! 

Alhamdulillah...terima kasih kawan2ku sekalian....saaaaaaaayang semua !! :)

Lepas dah keyang perut , bergambar pun sudah , hadiah pun dah dapat..apa tunggu lagi !! BALIK laaaa.....:)



Moga dipanjangkan dan diberkati umurku ini..Allahumma Aameen..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...