Ta'aruf

My photo
Diriku Bukan Ustazah..Hanya seorang Hawa yang berusaha ke Jannah !..Sedang di amanahkan Allah untuk mendidik Ummah seluruhnya..Moga dapat menjadi warga pendidik yang berilmu dan beriman pastinya..Moga dapat menjadi ladang pahala dan juga menjadi bekalan ke Syurga-Nya..Aamiin..
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 17, 2012

Terduga Diduga Dugaan..:)


Alhamdulillah..
minggu exam dah berlalu seminggu, bermakna 2 paper telah SELAMAT di harungi..
sedang berjuang untuk paper yang seterusnya yang sangat2 mencabar..^_^
4 paper more !! fighting !!

hidup sememangnya tak sunyi dengan DUGAAN kan?
walau di duga, walau di uji..saya tetap bersyukur pada Ilahi..kerana itulah yang akan lebih mendekatkan saya pada-Nya..MANUSIA !! sering alpa, mudah lupa ! diberi kesenangan dan kebahagiaan, terus lupa akan erti sebuah kesyukuran..tapi bila di 'tegur' oleh Tuhan, barulah timbulnya penyesalan..Astaghfirullah....:'(
** perlu lebih muhasabah diri..


Sabtu lepas, di duga dengan musibah yang datang tanpa di sangka..peritnya sangat terasa..:'(
masa nak turun ambil air di tingkat bawah kolej, tiba2 tergelicir..Allahurabbi.....sungguh terasa itu adalah 'teguran' dari ALLAH..sedang otak ligat memikir, tiba2...DUSH !! sakitnya ?? hanya mampu membisu..

Hari Pertama..
cool jer..^_^..tak sakit sangat pun....

Hari Kedua..
rasa lemah seluruh badan..masa solat asar, sujud terakhir tak mampu sujud lama sebab sakit yang teramat..baru terasa kesannya...Allahuakbar ! Allah saja yang tahu keperitannya..:'(
terus cari maklumat siapa2 yang pandai mengurut..Alhamdulillah, ada seorang kawan iaitu Cik Ika yang sudi mengurut..selepas sejam di urut, hasilnya sangat memuaskan..sakit sudah hilang.Alhamdulillah..semuanya berlaku dengan izin ALLAH..:)


Hari Ketiga..
bengkak dah hilang, tapi dalam perut pulak yang sakit2..macam bengkak2 je rasa isi2 perut ni..paling teruji masa menjawab paper exam pertama..30 minit pertama tiba2 sakit menyerang..cuba bertahan 15 minit kemudian dan akhirnya ambil keputusan untuk keluar dari dewan peperiksaan..my frens said "cepatnya Erna keluar, mesti dapat jawab semua..hebat betul !"
kalau lah diorang tahu betapa diri ini menderita ketika itu..:'(
ramai yang nasihatkan untuk ke klinik.....KLINIK??means akan melibatkan doktor + ubat kan??

UBAT??? Gulpp !!
perkara yang paling MENGGERUNKAN..tapi di sebabkan terlalu sakit, decide jugak pergi petang tu..Easy work..doktor tepuk2 perut then cakap tak ada apa2..bagi ubat 2 3 jenis pastu boleh balik..aik?? kita punya lah menanggung sakitnya, dia boleh kata tak ada ape2??..GOOD !! bukan tak bersyukur, tapi nampak doktor tu ambil mudah jer...kalau macam tu saya pun nak jadi doktor lah !!
???????
 ** Wahai MUSLIMAH, bila ke klinik pastikan minta doktor MUSLIMAT untuk pemeriksaan ye..ringan2kan lah mulut tu mintak masa pendaftaran, mesti dapat ! InsyaAllah, ALLAH akan mudahkan kalau kita betul2 niat nak menjaga..:)
MALAYSIA masih belum DARURAT ! yang HARAM tetap HARAM..

Hari Keempat..
Alhamdulillah..walaupun tak makan ubat yang diberikan doktor tu, dengan izin ALLAH sudah beransur pulih..Empat hari menanggung kesakitan, bermakna 4 hari juga saya tak hubungi Mak dan Abah saya..
sedangkan kebiasaanya akan telefon 2 @ 3 hari sekali..tapi tidak kali ini..disebabkan tak nak diorang risau, jadi terpaksa diamkan diri..terpaksa menangung sakit seorang diri..sebab kalau call macam biasa, nanti mula lah nak emosi2..sedih ! kantoi pulak sakit tu..so, was decide untuk rahsiakan jer..:)

DI DUGA lagi SEKALI..
Khamis..14 Jun 2012, terlakar sebuah lagi musibah yg berlaku..
Cermin mata hilang + Cincin tertinggal di masjid masa ambil wuduk..
kehilangan 2 C dalam satu masa..
Cincin tu tak kisah sangat, lepaskan dengan rela..:)
tapi cermin mata tu..............:'(
no idea,,tak tahu samada ia sekadar main nyorok2 atau telah disorok oleh penyorok2..
REDHA...ya!! saya redha..
satu lagi 'teguran' dari ALLAH sebenarnya sebab saya lalai pada tika itu..:'(
Astagfirullahalazim...
Moga ALLAH mengampuni..:'(


Moga semua yang telah berlalu memberi ibrah kepada diri ini..di saat diri mula kealpaan, Allah menegur untuk menyedarkan diri bahawa diri sedang melakukan kesilapan..mungkin kerana HATI sedang terbuai, IMAN mula terabai..perlu lebih berMUJAHADAH !! Agar ALLAH redha..

Walaupun teruji perjalanan kehidupan, hidup harus diteruskan dengan penuh kesabaran..4 paper menanti..moga ALLAH memberkati masa yg masih tinggal untuk saya mengulangkaji pelajaran sebaik mungkin..InsyaAllah..:)

Barakallah..Barakallah..Barakallah..

Sunday, June 10, 2012

Kesilapan diperbetulkan, Perjuangan Diteruskan..


Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi dgn izinNya nafas ini masih miliku..masih diberi peluang untuk merasai nikmat dunia yang fana ini..moga hari2 ku di berkati dan diredhai..:)

Bermula esok, 11hb Jun 2012..
akan bermula lah perjuanganku dalam medan peperiksaan..




persiapan ku?Alhamdulillah..lebih baik daripada sebelum ini..
tidak mahu lagi ku mengulangi kesilapan ku pada semester lepas..
aku lalai..aku JAUH dari diriku yang dulu..
aku kehilangan langkah..aku tersasar dari cara ku dulu...I'M LOST !!
3 paper ku laluinya dengan penuh kelalaian..banyak perkara yang bermain di mindaku sehingga buat aku lupa tugasku sebagai seorang pelajar ketika itu..
YA!! aku lupa..!! aku alpa !! aku lalai..dan akhirnya aku diberikan TEGURAN dari TUHAN..



Namun, aku bersyukur..dengan kesilapan ku itu aku menemui kegagalan yang akhirnya membangkitkan aku dan memberi kesedaran untuk ku meneruskan kehidupan..dan moga2 kali ini ku kan perolehi kembali kejayaan..InsyaAllah..:)

tiada siapa yg harus ku persalahkan, melainkan diri aku sendiri..



Aku tetap bersyukur pada Ilahi, dengan izinNya aku dapat bertemu dengan insan2 yg membawa seribu makna dalam kehidupanku walau terlalu pantas semuanya berlalu..walau ia penuh keperitan, tapi hikmahnya berpanjangan..Alhamdulillah.......
mungkin ku tak miliki apa yang ku mahu, tapi Allah telah berikan segalanya yang ku perlu..

SUBHANALLAH..:')

Andai dapat ku undurkan masa, ingin sekali aku membetulkan segala kesilapan..namun inilah takdir Tuhan..inilah suratan sebuah kehidupan..


kini, aku sudah mampu tersenyum dalam kebahagiaan..segala kesilapan aku jadikan pengajaran..moga aku diberi kesempatan oleh Tuhan, untuk perolehi keredhanNya dalam kebahagiaan ku ini..

Barakallah..Barakallah..Barakallah..


Sunday, May 27, 2012

Sekali Lagi..


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan kembali penulisan ku ini..


setelah sekian lama menyepi, kini gagahkan diri untuk memulakannya kembali..:) Alhamdulillah..
InsyaAllah, moga ia dapat menjadi platform bagi perkongsian ilmu, dan perkongsian pengalaman, cerita-cerita kehidupan yang mudah2an boleh di jadikan tauladan dan pengajaran buat semua.InsyaAllah..


Mungkin ku tak mampu menjadi penulis sehebat Syed Al Qutb..Mungkin ku tak mampu bersuara lantang seperti Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Bana..


Kerana,
Ilmu ku tak banyak, pengalamanku apatah lagi..
Namun,
mudah2an apa yang ku ada, dan apa yang ku punya, serta apa yang ALLAH beri dapat ku kongsikan bersama semua..InsyaAllah..moga ALLAH meredhai segalanya..:)

Monday, December 26, 2011

Doa Seorang Hawa


YA ALLAH...
Satu kan hati kami dalam mengejar cintaMU 
Agar kami bahagia dalam redhaMu 


YA ALLAH..
Di saat aku telah HALAL buatnya..
Jadikan ku bidadari dunia dan SYURGA nya YA ALLAH..
Ku tahu diriku tak sempurna, 
Namun sempurnakan lah diriku untuknya..
Mungkin diriku belum cukup baik untuknya,
 Namun KAU jadikan lah diriku yang TERBAIK buatnya..
KAU terbitkan rasa cinta dan kasihku buatnya 
Pabila sampai waktu yang telah KAU takdirkan dia HALAL buatku..


YA ALLAH...
Jadikan lah diriku isteri yang taat kepadanya..
Yang menyenangkannya dan membahagiakannya..
Yang dapat menjadi ibu kepada anak2nya..
Yang dapat mendidik anak2nya mengenal-MU..
dan mengenal Rasul MU YA ALLAH..


YA ALLAH...
Jadikan lah dia IMAM terbaik kepada solatku..
Yang sentiasa membimbingku dan melindungiku..
Yang sentiasa menyayangiku dan mencintaiku..
Yang sentiasa menerima kelemahanku..
Yang mengingatkan ku di saat ku mula alpa..
yang sentiasa membawa ku ke jalan SYURGA-MU YA ALLAH..


YA ALLAH..
jadikanlah kami ibu dan ayah yang TERBAIK buat anak2 kami kelak..
yang dapat membina Baitul Muslim yang taat kepadaMU YA ALLAH..

membina keluarga yang Sakinah, Mawaddah,Warahmah
dalam mencari KEREDHAAN-MU YA ALLAH.....



Aamiin Ya Rabbal Alamin......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...